Tuaian hari Isnin saya merupakan daun nasin atau asin-asin atau pucuk manis atau cekur manis.
Pokoknya dah tinggi sangat melebihi atap belakang rumah saya. Terpaksalah dituai. Selalunya tunggu bila stok sayuran di rumah habis tapi kali ini tak boleh tunggu lagi. Daunnya pun dah banyak yang tua.
Saya tak bazirkan daunnya lansung, yang tua pun saya masukkan sekali. Batangnya pula saya cucuk kembali ke tanah untuk dapatkan pokok-pokok baru.
Selalunya daun ini sedap dimasak lemak putih campur keledek tapi saya ini jarang masak guna santan. Jadi saya masak tumis air sahaja. Tak sangka lembut semua daunnya dan yang penting sekali sedap lagi berkhasiat.