Tuaian hari Isnin saya merupakan daun nasin atau asin-asin atau pucuk manis atau cekur manis.
Pokoknya dah tinggi sangat melebihi atap belakang rumah saya. Terpaksalah dituai. Selalunya tunggu bila stok sayuran di rumah habis tapi kali ini tak boleh tunggu lagi. Daunnya pun dah banyak yang tua.
Saya tak bazirkan daunnya lansung, yang tua pun saya masukkan sekali. Batangnya pula saya cucuk kembali ke tanah untuk dapatkan pokok-pokok baru.
Selalunya daun ini sedap dimasak lemak putih campur keledek tapi saya ini jarang masak guna santan. Jadi saya masak tumis air sahaja. Tak sangka lembut semua daunnya dan yang penting sekali sedap lagi berkhasiat.
Katanya x sesuai org yg ada darah tinggi.
ReplyDeleteRumah akak pun dah tinggi.
oh! yer ker, nasib baik akak bgtau, kena makan bua mulberi la untuk elak darah tinggi plak...hehehe
Deletekalau buat ulam gitu pun sedap jgk kan..tp msk ngan keledek mmglah sedap..
ReplyDeleteulam mentah ker ulam rebus ni?
Deletesy selalu beli lunch lauk labu air + daun cekur dimasak tumis air...makan dengan ikan panggang sumbat..:D
ReplyDeletebaca jer pun dh rasa sedap...hehehe
Deletememekatkan darah, sbb tu org mcm Lynn darah tinggi tak blg mkn...tp kdg2 curi mkn sbb dlm Pan Mee letak nih..slurppp!!
ReplyDeleteoooo...baru ler tau, kalau org yg ada penyakit darah tak boleh beku tu elok makan kot
Deleteye ke? alah.. sedap tu pucuk manis.. senang pulak tu nak masak..
ReplyDeletesy setuju tang senang nk masak tu
Deletewahhh.. sedap masak lemak asing2 pecah telo dan letak ubi.. :D
ReplyDeletemasak lemak pecah telur tak pernah cuba
Deletewe usually stir fry n then put n egg..sedap!
ReplyDeleteidea yg bagus tu, mesti cuba, ringkas dan menarik
Deletebaru tahu, boleh ditanam dgn keratan batang...tq2
ReplyDeletesama-sama
Deletesedap sayur ni Rose, tumis campur udang kering..ehh bestnye, dah lama tak makan, tak ada masa.
ReplyDeletetumis campur ikan bilis pun sedap kan kak, amboi bznya dia
DeleteBiasanya saya akan cantas pokok pucuk manis ni agar ia dalam 2 meter sahaja tinggi. Setiap bulan pasti sekali cantas. Lepas tu banyak je tumbuh bercambah keliling batang pokok. Senang nak ambil pucuk bila ia rendah. Lepas cantas pokok, kena baja dengan NPK hijau. Kalau tak, nanti kurang pucuknya tumbuh.
ReplyDeleteoooo, camtu, saya tanam kat belakang rumah, jadi bagi baja perut ikan dng air basuh beras jerlah
Delete