Nama kedua-dua penumpang ini adalah kekabu air atau ketumpang air dan gelang pasir atau nama komersilnya 'purslane'. Kenapa dipanggil penumpang? Kerana pokok-pokok ini suka sangat menumpang pasu-pasu tanaman saya.
Punyalah gemuk kedua-dua pokok ini, sampai mengganggu tanaman asal. Jadi saya cabut kedua-duanya. Jangan tak tahu kedua-dua herba ini boleh dimakan dan mempunyai khasiat yang tinggi. Pasal kekabu air saya dah selalu cerita, jadi hari ini saya nak cerita pasal herba gelang pasir.
Herba gelang pasir ini di Malaysia sangat terkenal sebagai salah satu bahan yang digunakan dalam ubat untuk tumit pecah. Selain daripada itu dikatakan tumbuhan ini mengandungi 'omega-3 fatty acids' yang lebih tinggi berbanding sesetengah minyak ikan. Jadi kalau tak suka makan ikan bolehlah cuba makan pokok gelang pasir ini.
Memang rupanya ada sikit-sikit macam ros jepun sebab diorang sebenarnya adik beradik lain mak lain bapak.
Kalau nak tahu, rasa daunnya sedikit masam. Dulu mak saya pernah masukkan daun ini dalam sambal sardin. Cara lain untuk makan daun ini mungkin boleh buat ulam kot, saya pun tak tau sebab tak pernah cuba. Rasanya kalau nak buat salad pun boleh.
Dikatakan juga bahawa herba ini mempunyai kandungan Vitamin A yang tertinggi diatara sayuran hijau yang lain. Jadi kalau nak mata dan penglihatan yang sihat silalah makan herba ini selalu.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi