Kadang-kadang semak juga mata melihat pokok ros jepun yang saya tanam dihadapan rumah. Pokoknya sudah berjurai-jurai panjang dan memenuhi keliling pasu sehinggakan tak nampak sudah rupa pasu yang asal.
Ada kawan yang kata nak keratan ros jepun, bila disuruh datang ke rumah, tak rajin pula. Akhirnya saya ambil keputusan untuk jual sahaja.
Saya pek dalam plastik dan hantar guna perkhidmatan pos laju.
Keratan ros jepun nampaknya telah pun sampai dengan selamat kepada pembeli-pembelinya. Tapi saya agak kesal dengan perkhidmatan pos laju yang dengan sesuka hati kata pelanggan bagi arahan hantar lewatlah, macam kes yang ini: '17-Oct-2013 18:14:00 Unable to deliver the item due to addressee requested later delivery'. Sedangkan penerimanya tak ada pun bagi arahan sebegitu.
Selain daripada itu ada dua orang pelanggan yang masih tak terima pesanan walaupun dalam rekod kata dah sampai. Kechiwa saya. Pekara-pekara macam ini dapat menjejaskan reputasi saya sebagai seorang peniaga yang berjaya (perasan sikit, walhal peniaga ciput.... hehehe).
Saya tak suka dianggap sebagai penipu oleh pelanggan-pelanggan saya(macamlah ramai sangat pelanggan). Lainlah kalau pesanan tersebut 'rejected' ke, itu saya tak lah kisah sangat sebab salah saya.
Walaupun saya sudah banyak membaca fasal peniaga online yang menerima nasib yang sama dan jualan mereka yang hilang harganya mencapai ratus dan ribu, saya tetap tak puas hati.
Harap-harapnya adalah staf Pos Malaysia yang membaca luahan hati saya yang kechiwa ini. Mohonlah perbaiki perkhidmatan anda dan kita juga yang bakal mendapat faedah bersama.
Minta maaflah kepada rakan-rakan yang terpaksa membaca luahan hati saya hari ini. Harap-harapnya yang masih tak terima pesanan dapatlah bersabar dan jangan berduka, kalau tak dapat juga, silalah beritahu saya, akan saya usahakan sesuatu untuk kebaikan kita bersama.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi