Puding karamel memang kegemaran saya dari dulu. Nak buat pakai pengukus makan masa lama. Yang paling leceh buat karamel tu, silap gaya boleh hangus dan puding jadi pahit.
Selain itu harga puding ni pun agak mahal dipasaran. Tak terjamin kebersihan dan keselamatannya kerana kebanyakan penjual mengukus puding ini dalam bekas plastik yang kita tau mengeluarkan toksin yang berbahaya pada kesihatan kita.
Dibawah ni cara masak puding karamel guna microwave:
Sediakan satu mangkuk kaca tahan panas, masukkan bahan seperti dalam gambar.
Kemudian guna setting high selama 2 minit, sebaiknya jgn biarkan gula tanpa dikacau dgn air, ini akan menyebabkan gula hangis sedikit seperti dalam gambar, tapi masih belum pahit lagi tu.
Sediakan mangkuk yang lain dan pecahkan telur 2 biji
Campurkan 1 penutup esen vanilla
Masukkan 2 sudu besar gula dalam mangkuk telur tadi dan kacau telur hingga sebati dan gula larut
Kemudian masukkan setengah tin krimer sejat, kalau nak guna susu segar pun boleh
Setelah itu tuangkan bancuhan telur tadi ke dalam mangkuk karamel tadi dan masukkan dalam microwave, guna setting high selama 5 minit
Ini rupanya puding karamel yang telah saya terbalikkan. rupa tak berapa cantik tapi rasa dia memang sedap, sila la cuba.







