Cuba teka apa ini?
Pandai! Ubi keledek yang dah bertunas. Penat saya simpan ubi keledek ini dan tunggu sampai dia bertunas. saya beli ubi ini di pasar malam.
Sebahagiannya saya bawa balik ke rumah mak saya, tapi tak tahulah mak saya masak apa dengan ubi keledek tersebut. Kalau saya, ubi keledek ini sedap dibuat kuih gelang.
Tapi selalunya saya malas nak buat. Beli sahaja, maklumlah wanita bekerjaya yang sibuk selalu (kononnya!).
Saya nak tanam ubi keledek ini untuk pucuknya. Tak sabar nak masak pucuk ubi keledek goreng belacan, Nyum! Nyum!