Terung berembang selalunya tumbuh liar, jarang-jarang sangat keluarga saya makan terung jenis ini. Pada saya terung ini ada sejenis bau yang pelik dan rasanya pun payau. Tapi setahu saya, ada ramai peminat terung berembang , terutamanya kalau dimasak sambal tumis dengan ikan bilis atau di campur dalam kari hijau Thai.
Saya teringat nak cerita pasal terung berembang ini sebab masa mak saya datang ke rumah saya hari tu, dia ada cerita pasal terung berembang. Kata mak saya, saya tak berapa nak ingat sama ada dia tengok di TV atau dia dengar orang cerita. Katanya, orang tu kata masa kecik-kecik dia miskin, sewaktu hari raya dia tak dapat makan daging, jadi keluarga dia buat sambal tumis ikan bilis campur terung berembang untuk ganti rendang daging. Dia makan lemang cicah dengan sambal tumis terung berembang. Kesian dia.
Sempena Hari Raya Aidiladha yang nak hampir menjelma ini mesti ada acara makan-makan lemang. Apakata tahun ini kita makan ketupat dan lemang cicah sambal tumis terung berembang. Tapikan saya ada dapat ilmu yang baru daripada seorang kakak kat opis saya, katanya orang kat tempat dia makan lemang cicah dengan daging masak taucu. Kalau ada sesiapa teringin nak cuba silalah.