Saya tanam pokok limau kasturi khas untuk buahnya. Daunnya orang tak makan tapi ulat makan. Kalau semalam dah cerita pasal pokok limau purut, hari ini mestilah kena cerita pasal adiknya si limau kasturi. Kalau tak cerita merajuk pulak dia.
Kalau diperhatikan daun limau kasturi ini dah sama kuningnya dengan buahnya. Ini semua akibat kekurangan cahaya matahari. Pokok limau kasturi tak pandai menjalar macam abangnya si limau purut. Akibatnya pertumbuhannya kurang mantap dan buahnya pun cenonet sahaja saiznya.
Saya gunakan jus limau kasturi untuk masak tomyam, barulah ada tendangan (kick).Limau kasturi ini ada banyak kegunaannya, kira antara limau yang serbabolehlah.
Satu lagi cara yang saya suka gunakan limau kasturi ini ialah jusnya disiram atas betik masak.
Erm, menyelerakan.
Sebagai hiasan dan penaik semangat perkebunan, saya letakkan gambar limau kasturi yang ada di nurseri. Ada orang kata limau kasturi yang dijual sempena tahun baharu cina tak elok dimakan kerana buah-buah tersebut mengandungi ubat atau disembur ubat untuk warna yang menarik serta tahan lama.
Kebelakangan ini saya perhatikan tak main la buat hiasan tahun baru cina dengan limau kasturi lagi. Sekarang ini orang buat hiasan dengan limau mandarin dan kadang-kadang pokok limau bali yang dikemetotkan pun diorang dah guna.