Nak beli benih online?

Showing posts with label Biji benih. Show all posts
Showing posts with label Biji benih. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Rujukan Biji Benih


Saya harap biji benih yang saya pos pada hari Isnin lalu telah pun sampai ke tangan penerimanya. Saya tak tandakan nama pada biji-biji benih yang saya hantar kerana tak sempat. 

Kalau tak silap saya setiap pembeli mendapat sembilan jenis biji benih yang kebanyakannya pokok menjalar. 

Di bawah ini saya sertakan gambar biji benih tersebut dengan namanya agar dapat di jadikan rujukan bagi pembeli-pembeli yang bertuah tersebut.


Biji benih timun betik/timun ladang/timun suri.


Benih ulam raja


Biji benih tembikai susu




Biji benih 2 jenis labu manis


Biji benih kacang panjang


Biji benih bunga telang


Biji benih petola bantal


dan Biji Benih Betik 



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Sunday, July 21, 2013

JUALAN BIJI BENIH online PERTAMA SEMUA MENJADI (TERHAD)

JUALAN INI TELAHPUN TAMAT. SILA KE http://jualansm.blogspot.com/ UNTUK PEMBELIAN BIJI BENIH YANG TERKINI


Seperti yang saya ceritakan semalam, saya nak cuba menjual sambil berkongsi biji benih yang ada dalam simpanan saya. Biji benih ini kebanyakannya dikumpul daripada kebun abah saya. Semuanya ditanam secara organik dan melalui proses alam semulajadi.

Biji benih dijual secara pakej dan akan dihantar melalui sampul pos ekspress saiz sederhana. Kalau berada dalam kawasan liputan akan sampai pada hari berikutnya (esok), kalau diluar kawasan liputan akan dihantar hari yang berikut-berikutnya (lusa, tulat, tonggeng).


Gambar di atas menunjukkan antara biji benih yang mungkin anda terima di dalam pakej yang ditawarkan dengan harga promosi Ramadhan iaitu RM10 sahaja termasuk urusan pos.

Sekiranya berminat bolehlah emel kepada saya iaitu di semuamenjadi@gmail.com dengan kadar segera kerana tawaran terhad kepada 7 pakej sahaja dan penghantaran akan dibuat (dipos) pada hari Isnin 23 Julai 2013.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wednesday, July 17, 2013

Terima Kasih Sali


Akhirnya! Tiba juga penghantaran daripada Sali yang dah ditunggu agak lama juga. Kebetulan semalam saya balik rumah waktu tengahari, saya teringatkan emel daripada Sali. 

Sejurus kemudian terus saya dengar bunyi hon motor. Adik posmen bunyikan hon banyak kali sangat, naik risau saya. Bergegas saya keluar rumah dan ambil sampul yang adik posmen bagi. Tersenyum lebar saya.

Terima kasih Sali sebab bersusah payah hantar benih-benih ini pada saya. Kalau tak silap masuk yang ketiga kalinya barulah sampai bungkusan ini pada saya.

Pada kawan-kawan lain yang pernah hantar benih pada saya sebelum ini pun saya ucapkan terima kasih banyak-banyak juga. Pada yang nak hantar lepas-lepas ini pun saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak juga.

Selepas ini saya terfikir nak buat aktiviti jualan biji benih secara pakej pula. Agak-agak ada tak orang nak beli?

Tuesday, June 18, 2013

Hampir Sebulan...


Saya ingat dah tak ada rezeki saya. Lama dah saya tunggu benih pepasan daripada @na - diari kebun~@na, baru semalam dia sampai.

Kalau tengok dari cop pada setem iaitu 20.5.2013, dekat sebulan masa yang diambil untuk kiriman dari @na sampai kepada saya. 

Kenapa ya? Sebab tak guna nama penuh ke? Atau sebab diorang ingat ada barang larangan dalam sampul ini? Atau sebab sampul warna merah kot?


Tengok, punya banyak cop yang ada. tapi satu sahaja yang tak ada, alamat @na, macamana saya nak balas budi @na? Apapun, Terima Kasih @na. Saya suka semuanya. 

Sekarang ini tengah tunggu lagi satu kiriman daripada Sali. Bilalah pula agaknya nak sampai.

Tuesday, June 4, 2013

Alpukat


Bukan nak cerita pasal pukat tangkul atau pukat jerut cuma nak cerita pasal buah avocado. Sudah lama saya menyimpan impian nak tanam pokok avocado. 

Gambar di atas menunjukkan cara menyemai benih avocado.


Macamana saya boleh teringin sangat nak tanam pokok avocado? 

Pada suatu masa dahulu (bukan cerita dongeng ya), di tempat kerja mak saya ada sepohon avocado dan mak saya pernah bawa pulang buahnya. Masa itu barulah saya tahu yang avocado boleh ditanam di Malaysia.

Pada masa kini pula, setiap kali saya pergi kerja, saya akan melalui sebuah rumah yang ada empat atau lima pokok avocado di luar pagar rumahnya, hari-hari saya tengok pokok itu dari mula berbunga sampailah dah berbuah. 

Tapi saya malu nak ambil gambarnya, takut nanti tuan rumah nampak dan nanti diingatnya saya ni 'papparazi' or 'mammarazi'.


Inilah buah avocadonya. Saya beli di pasaraya.


Saya suka minum jus alpukat di kedai  Nasi Padang.


Tapi kalau di rumah, saya suka makan isi avocado yang di siram dengan  madu.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
 

Wednesday, May 1, 2013

Bernas


Bukan nak cerita pasal Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) tapi nak cerita pasal benih yang menjadi, tak hampa.

Ini adalah anak pokok petola bantal atau petola sarang. Saya agak risau juga kalau-kalau benih ini yang ada saya jual dan sebahagiannya beri kepada kawan-kawan blogger tak menjadi. 

Saya tak bercadang nak tanam pokok petola bantal ini di kawasan rumah saya kerana ia perlukan ruangan yang banyak. Tapi saya tetap harus mencuba tahap bernas atau tidak biji benih tersebut.




Setelah diuji saya dapati ia sangat bernas, dalam masa tiga hari benih telah mula tumbuh. Agak-agaklah kan, pucuk petola boleh buat sayur tak?

Friday, April 26, 2013

Benih Misteri


Semalam sewaktu balik kerja, saya dapati ada satu surat di dalam peti surat saya. Kalau ada surat yang sampai ke rumah tentulah daripada rakan blogger sebab semua surat rasmi saya dialamatkan ke opis.


Sewaktu saya buka sampul, terasa gamnya masih basah, agaknya abang posmen buka sebab nak tahu apa di dalamnya(agak sahaja, bukan fitnah yer).

Di dalamnya saya jumpa kekacang ini. Saya agak (juga) ia adalah benih bunga telang. Mohon bantu saya sekiranya saya tersilap.

Saya cari dan mencari sekiranya ada alamat atau nama pada keliling sampul surat, kemudian lihat ke dalam sampul, kalau-kalau ada warkah daripada pengirim. Namun tiada.


Siapalah agaknya pengirim misteri yang baik hati ini yer. Kalau terbaca silalah mengaku. Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih dan diiringi serangkap pantun;

Terima Kasih daun Keladi,
 Kalau ada biji benih lebih kirimlah lagi!



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Tuesday, April 23, 2013

Pertama Kali Berjualan

Pada satu hari tiba-tiba boss besar minta saya dan rakan-rakan berjualan untuk memeriahkan satu majlis. 

Terfikir nak jual apa ya, dalam masa singkat ini mana nak cari barang-barang dagangan. Ada seorang rakan mencadangkan saya jual biji benih yang banyak dalam simpanan saya. 

Bukan dengan niat nak mengaut keuntungan cuma memenuhi permintaan boss besar. Kalau dapat untung, alhamdulillah. Kalau tak ada, redho.


Saya menjual biji benih petola bantal, roselle, timun betik dan kacang botol. Tapi nampak sikit sangat pula, macam tak meriah. 


Jadi saya pun letak sekali anak pokok mulberi yang telah agak lama saya semai dan juga anak pokok delima yang saya beli di nurseri. 

Tak lupa juga saya bawa  'laptop' sebagai rujukan gambar-gambar tanaman dan biji benih yang ada.

Ramai juga orang yang bertanya tentang jualan saya, penat lah juga saya pot pet sana-sini. Macam-macam maklumat saya beri. Nampaknya ramai juga yang berminat.

Jangan tak percaya, barangan pertama yang dibeli oleh pelanggan adalah anak pokok mulberi. Tak sangka saya. Gembira sungguh. Menyesal tak semai banyak-banyak anak pokok mulberi.

Kalau nak tau, pokok delima saya pun habis dijual. Tak ramai yang tahu anak pokok delima ada dijual di nurseri. Bila saya tunjuk gambar pokok delima saya yang berbuah dalam masa tak sampai setahun, lagilah pembeli semakin berminat.

Biji benih dalam peket ada juga yang terjual tapi tak banyak mana. Ada yang ingat saya jual rempah ratus seperti jintan, ketumbar dan lain-lain.

Apapun saya sangat puas hati dengan hasil jualan kali ini. Bukanlah saya tak biasa berjualan. Biasa sangat sejak dari kecik lagi. Tapi inilah kali pertama saya berjualan anak benih dan anak pokok. Lain masa dan peluang tentu saya akan berjualan lagi.

Tak lupa juga  ada pelanggan yang tempah racun siput dengan saya. Alhamdulillah, murah rezeki.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Thursday, February 28, 2013

TImun Betik Si Timun Ladang


Ingat lagi entry saya tentang TIMUN LADANG. Ini gambar pokoknya di belakang rumah saya.


Ceritanya bermula begini, pada suatu hari saya membawa pulang sebiji timun betik atau nama manjanya Timun Ladang daripada kebun abah saya. Saya pun simpan buah itu di dalam petiais. Sehinggalah beberapa lama kemudian, sehingga buah itu hampir menjadi jem tanpa gula di dalam petiais saya sebab saya tak sempat nak makan dia. Saya rasa sungguh menyesal kerana membazir tapi timun ladang sudah tidak sepertinya lagi terpaksalah saya lupuskannya sahaja. Tetapi sebelum itu sempatlah saya mengasingkan bijinya untuk di keringkan lalu dijadikan benih.

Selepas ia kering, saya pun mengasingkan biji benih yang elok-elok untuk di bungkus dan disimpan untuk masa hadapan. Biji benih yang kelihan rosak dan tak sempurna saya sebelahkan tapi sayang nak buang jadi saya taburkan ia dalam pasu pokok terung saya yang sudah sampai tarikh luputnya. Sebelum itu saya ada cucukkan batang daun kesum di situ tapi pertumbuhannya kurang subur.

Tak lama kemudian, ada pula anak-anak timun betik yang tumbuh dikalangan anak-anak pokok kesum tersebut. Mula-mula saya pelik juga sebab saya terlupa saya pernah buang biji benih timun betik dekat pasu itu. Saya ingatkan pokok apa, tetapi setelah memanggil kembali storan ingatan saya barulah saya teringat perbuatan saya dahulu.

Sila lihat anak pokok dalam bulatan yang ada anak panah. Mula-mula cuma sepohon yang hidup.


Makin lama banyak-banyak pohon pula yang hdup, rupa-rupanya semua benih yang saya buang itu bernas. Sekarang ini ia telah hampir memenuhi pasu tersebut, bayang pokok kesum hampir tidak kelihatan. Memanglah pertumbuhan pokok timun betik ini agak pantas, tapi tak taulah sama ada ia akan menghasilkan buah atau tidak. Kita lihat sahajalah nanti.

Belakang pagar rumah saya itu kelihatan tak teruruskan. Sebelum ini saya perhatikan jiran belakang rumah saya selalu tak ada di rumah bila musim cuti sekolah. Tapi sejak musim cuti  sekolah akhir tahun, jiran belakang rumah saya ini lansung tak nampak batang hidung. Laman belakang rumahnya dah semakin semak, sebelum ini dia pun ada tanam macam-macam sayur.

Tapi elok juga bila dia tak ada. Kurang sikit pencemaran bunyi dan asap. 

Jiran saya di belakang ini suka sangat marah anak-anaknya sambil menjerit-jerit. Anak perempuannya suka sangat menyanyi lagu Korea. Anak lelakinya suka sangat main seruling dan maknya pula suka sangat hisap rokok sambil bertinggung kat pintu belakang rumahnya sambil pandang-pandang tanaman belakang rumah saya (hehehe... perasan sikit).




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, February 18, 2013

Petola Basuh Pinggan


Ini gambar buah petola bantal kering setelah dibuang kulit luar. Abah saya yang bagi buah petola ini. Kadang-kadang sarang daripada petola ini orang buat penyental badan tapi selalunya di buat penyental pinggan mangkuk. Tak payah nak beli span basuh pinggan, tanam sahaja pokok petola bantal, nanti dapatlah bekalan span pencuci pinggan mangkuk untuk setahun dua.

Kalau mak saya pulak, dia gunakan sarang petola ini untuk buat bunga hiasan. Saya pula rasa, sarang ini elok di kumpul banyak-banyak untuk di buat bantal kepala.


Ini pula biji benih petola bantal yang diperolehi daripada sebiji petola. Banyak sungguh. Boleh buka ladang komersil petola bantal dengan biji benih yang ada.

Rupanya ada iras-iras kuaci hitam. Tapi rasa tak tau sebab saya tak cuba lagi. Selepas saya buang kulit luar petola, saya ketuk-ketuk sarangnya keluarlah biji benih yang banyak ini.

Tak taulah bernas ke tidak sebab dah lama saya simpan petola bantal yang kering tu.


Ini pula gambar biji benih petola bantal yang telah saya bungkuskan dalam plastik. Simpanan untuk masa depan. Selepas saya bungkuskan barulah saya tahu berapa banyak biji benih petola bantal yang saya ada.

Rasanya macam nak agih-agihkan pada kawan-kawan dekat opis. Tapi diorang nak ker?



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...