Nak beli benih online?

Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

Friday, December 4, 2015

Dilema Seorang Penanam Serai



Abah saya mengisi masa terluangnya dengan bertani. Macam-macam yang abah saya tanam tapi akibat ancaman babi hutan abah saya teruskan dengan menanam serai.

Gambar ini diambil ketika saya temankan abah saya potong serai sebelum di jual sambil bersembang hal-hal tani. Yer minat kami memang sama.

Dulu hanya abah saya yang tanam serai di kawasan ini. Sejak tengok serai abah saya hidup subur dan mendatangkan hasil, ramai yang mengikut jejaknya termasuklah jiran-jiran berhampiran.

Masing-masing minta benih serai secara percuma tapi dengan niat nak berniaga kemudiannya. Kesian abah saya, dia tak mampu nak kata apa kalau orang tak berbahasa.

Ada juga yang datang ceroboh kebun abah saya untuk ambil benih sesuka hati walaupun dah minta tapi tetap kurang manis pada pandangan saya.

Akhirnya dia terjumpa ular diperdu serai. Sedangkan saya selalu sahaja meredah rumpunan serai tanpa jumpa apa-apa sehingga sekarang.

Abah saya kata sekarang ini serai dah kurang laku. Penyebabnya pengeluaran melebihi permintaan. Semua orang pun nak tanam serai tapi takda tempat nak dipasarkan.

Banyak rumpun serai yang mati begitu sahaja. Abah saya dah macam putus asa.

Sekarang abah saya nak tanam pokok anggur pulak... hahaha. Macam kelakar kan. Tapi memang abah saya dah mula tanam pokok anggur, alhamdulillah nampak elok.

Semuanya atas nasihat anak kesayangan dia iaitu saya....kikiki!   

Monday, July 8, 2013

Jalan-Jalan Jumpa Pisang


Sewaktu balik ke rumah mak abah saya saya bercadang untuk berjalan-jalan sambil meninjau kebun abah saya yang sebelah lagi. 

Tujuan saya ialah untuk mencari pokok tembikai kuning yang abah saya tanam kerana sebelum  ini saya cuma dapat makan buahnya tanpa dapat melihat pokoknya.

Walaupun abah saya sudah bagitahu yang pokok tersebut dah tamat riwayatnya, saya masih juga nak meninjau keadaan kebun abah saya yang sebelah lagi itu.

Sewaktu berjalan-jalan dalam semak saya terpandang setandan pisang dengan pokonya sekali terbaring lesu atas tanah..

Mungkinkah pokok ini 'patah tengkuk' atau ditumbangkan oleh pencuri tanpa sempat mengambil buahnya? Tapi saya tengok pokoknya dah kering, adakah abah saya tak perasan atau dia memang nak biarkannya begitu sahaja?

Misteri ini masih tidak selesai kerana saya terlupa nak tanya abah saya.

Monday, April 8, 2013

Menuai Benih Kelisa



Kacang kelisa atau kacang botol yang telah matang. Keras berserat dan kering, memang tak sesuai lansung dimakan.


Hanya sesuai dibuat benih. Kacang kelisa ini saya tuai dari kebun abah saya. Kalau dah berbuah sampai tak termakan. Akhirnya tua di pokok.


Kulit kering kacang kelisa mungkin ada gunanya, tapi saya tak tau. mungkin ada nilai perubatan. Kalu guna dapur kayu kat rumah bolehlah guna sebagai bahanapi.


Benih kacang kelisa ini besar-besar juga. Agak-agak boleh campur dalam bubur lambuk tak?

Friday, March 8, 2013

Si Tepak

 SIREH


Ini antara tanaman di kebun abah saya. Kalau  tak silap saya sireh India, sesuai dimakan. Kalau sireh Melayu pula kata mak saya warnanya lebih gelap (mak saya ada tanam di rumah semaiannya), sesuai untuk dibuat hantaran si sireh junjung.

 Mak saya rajin juga buat hantaran ni. Selalu juga dapat upah dari orang dekat-dekat rumah. Adalah anatara adik-beradik saya yang mewarisi bakatnya itu tapi memang bukan sayalah orangnya. Kalau suruh melukis minat juga saya.


Boleh tahan rimbun juga pokok sireh abah saya ini. Tapi rasanya abah saya tak pernah jual, mungkin dia nak menjaga spesies sireh ini dari pupus kot...hehehe.

Kebelakangan ini suami kakak saya (abang ipar) bila balik rumah mak abah saya selalu juga dia minta abah saya ambilkan daun sireh ini. Tak taulah buat apa, mungkin ubat kuat kot.

Ada kawan saya dulu rajin rebus daun sireh dan airnya disimpan, katanya buat basuh bahagian sulit. Produk yang menggunakan sireh sebagai bahan cuci memang ada dijual tapi kalau guna yang semulajadi mungkin lebih baik.


Macam sedap dimakan sahaja daun sireh ini. tapi kalau kunyah, rasanya pedas dan lidah jadi kebas, memang sungguh tak sedap.

Jiran depan rumah saya tanam sireh ini di hadapan kedua belah pintu pagarnya, kira macam tiang gerbanglah.  Hari-hari saya perhatikan ada orang Myanmar dengan Vietnam datang rumah dia dan panggil aci! aci!. Lepas itu dia keluar kutip daun sireh masuk dalam beg plastik dan dapat duit. 

Jadi dengan itu saya cadangkan abah saya jual sirehnya dekat buruh-buruh kilang yang ada dekat-dekat rumahnya. Tapi abah saya kata dia malu.

Wednesday, February 27, 2013

Kebun Abah Saya Bahagian Tiga



Dulu abah saya bertanam pisang di kawasan ini, tapi semenjak beberapa orang manusia (pencuri) dah pandai menjual pisang ini tanpa kebenaran abah saya, ianya terbiar sepi. Sebabnya patah hati, penat-penat kita menanam dan menjaganya, orang lain yang sedap-sedap makan hasilnya. Lainlah kalau dimakan binatang dapat juga pahala.

Pencuri ini cerdik, dia akan mencuri bukannya waktu malam ker, subuh ker, dia buat pemerhatian dan kajian untuk mencuri. Abah saya ada letak jerangkap samar di bawah pokok pisang tapi tak mengena sebab pencuri datang waktu siang, dia nampak jerangkap samar lalu dielaknya.

Selalunya, pencuri datang waktu abah saya berhenti rehat untuk sembahyang. Betul-betul menduga keimanan dan kesabaran.

Tapi kebelakangan ini, abah saya sudah mula menanam kembali di sini. Tapi bukanlah pokok pisang, contohnya keladi. Ini keladi isi, batangnya jarang-jarang orang makan. Tapi abah saya mula menanam kembali di sini ada juga sebab lain.



 Selain dari pokok keladi, abah saya juga ada tanam pokok serai kegemarannya. 


Salah satu sebabnya kenapa abah saya mula bertanam kembali di tempat lamanya ialah kerana ada pulak orang yang buka kebun baru di kawasan kebun abah saya. Siap pasang pagar bagai, masa buat pagar siap alihkan pokok-pokok yang abah saya dah tanam. 

Tanah di situ bukan tanah dia mahupun tanah abah saya. Tapi tolonglah hormat senior sikitkan. Abah saya orangnya penyabar, dia kata biarlah. Tapi anaknya kurang penyabar, ada la rasa marah tapi simpan dalam hati sahaja.  

Kalau rajin bacalah pasal kebun abah saya lagi DISINI dan DISINUN.




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?



Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...