Nak beli benih online?

Showing posts with label Tuaian. Show all posts
Showing posts with label Tuaian. Show all posts

Monday, February 24, 2014

Harvest Monday - Purple Cabbage a.k.a Red Cabbage

 Ingat lagi entri saya mengenai Kobis Ungu-Ungu Lavender.  ini hasilnya setelah dituai. Kobis organik 'katakan', haruslah buruk dan berlubang sikit. Barulah nampak 'real'.


Sebenarnya dituai agak lewat, jadi nampak bahagian kerasnya dah kekuningan sedikit. Tapi coraknya kelihatan cantik dimata saya. 

Dikatakan kobis ungu kaya dengan vitamin C, A dan K. Macam kobis biasa juga ia bagus untuk memperbaiki sistem imun kita dan juga untuk tujuan pencegahan penyakit barah.


Kobis ini saya bawa ke opis untuk dikongsi bersama kawan-kawan, biar sama-sama dapat vitamin CAK...hehehe. Sebelum di agih-agihkan, kobis ungu sempat bergambar dengan henpon saya yang 'cover' barunya warna ungu juga.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  



Monday, January 6, 2014

Tuaian Tunggal bukan Tunggul

 Alahai! Bangganya saya dapat menuai lobak putih yang ditanam sendiri. Sebelum ini ada juga cuba tanam menggunakan benih serbajadi tapi tak menjadi-jadi. Kali ini saya tertanam guna benih Semua Menjadi ('promote nampak...hehehe), alhamdulillah menjadi pulak dia.


 Walaupun cuma sebatang, cukup membuatkan saya bersemangat untuk tanam lobak putih lagi. Sebenarnya benih lobak putih ini bercampur dengan bayam merah yang saya tanam di hadapan rumah. 

Bayam merah dah lama pun saya tuai. Saya ingatkan sawi rupanya-rupanya yang tinggal ada sepokok lobak putih. Daunnya memang sihat, masa saya cuba potong terasa berserat sedikit, saya sangka tentu pahit rasanya.


Lobak putih ini beserta daunnya telah selamat saya tumiskan dengan bawang putih dan udang. Saya buat berkuah macam sup. Memang manis rasanya hasil tuaian sendiri malah daunnya pun tak pahit dan rasanya sedap macam sawi biasa tanpa rasa payau atau pedas. 

Berbaloi-baloi rasanya tanam lobak putih, bukan setakat isinya boleh dimakan daunnya pun boleh dimasak bersama. Walaupun hasil tuaian tunggal dapatlah juga dijadikan lauk hidangan untuk sekali makan.

Jom tanam lobak putih!!!





************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, November 25, 2013

Haverst Monday - Fair Lady

Sawi Fair Lady Extra Dwarf yang saya pernah ceritakan di SINI telah sedia untuk dituai. Saya tuai separuh dulu sebab nampak macam banyak sangat, nanti tak termakan pula.


 Kebanyakkannya masih sihat lagi tiada kesan diserang oleh perosak tetapi ada daun yang sudah kekuningan sebab dah tua sangat agaknya.

Hasil tuaian yang pertama ini saya masak dengan sup ayam yang dicampur dengan cendawan Eryngii.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, November 4, 2013

Harvest Monday - Spinach & Chillies


Tuaian yang terdiri daripada   bayam malabar merah (red malabar spinach), sambung nyawa hitam/ungu (Okinawan Spinach), keratan batang dan juga cili api yang sangat pedas walaupun sangat kecil.


Kedua-dua jenis sayuran ini sangat mudah ditanam dengan hanya menggunakan keratan batang dan apabila dicantas/potong, daun dan dahan baru akan muncul dengan lebih subur. Tanam sekali dan boleh tuai berkali-kali sehingga jemu.


Cara masak pun mudah sangat, kalau nak celur pun boleh, lepas tu makan cicah sambal belacan,  sedap lagi berkhasiat.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, October 28, 2013

Tuaian Pelik - Kelapa Pisang?


Nampak macam kelapa kan, memang kelapa pun.



Yang ini pula nampak macam apa?Macam pisang muda pun ada.



Buah kelapa ini dituai oleh seorang staf (Tuan Haji) di opis saya. Saya minta kebenaran dia dulu baru tangkap gambar ini. Katanya, buah kelapa ini dipetik dari pokok yang ada dalam kawasan tempat kerja saya.



Nampak tak putik kelapa itu, sama berlekuk macam yang besar. Kata Tuan Haji semua buah dipokok kelapa itu berkeadaan demikian. Malangnya pokok kelapa itu telah pun ditebang oleh pekerja pembinaan yang bakal membina bangunan baru ditempat kerja saya.



Saya tak sempat pun melihat pokok kelapa tersebut, apatah lagi menjalankan penyelidikan tentang mutasi yang berlaku pada gen kelapa ini (angan-angan lagi... hehehe). 




Saya tertanya-tanya apakah yang ada dalam buah 'pisang' pada kelapa ini. Jadi saya ambil sebiji 'pisang' tersebut dan cuba memotongnya.



Ini hasilnya tak ada pun isi pisang, yang ada cuma sabut.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, September 23, 2013

Tuaian dari Alam Semulajadi


Bagi menunjukkan betapa semulajadinya tuaian ini saya bawa balik ianya dalam gulungan daun pisang, tak mainlah pakai supit gelenyar dan besen plastik.


Bila dibuka daun pisang tersebut teserlahlah hasil tuaian yang dikutip di sekitar kawasan kebun abah saya. Segar bugar lagi berkhasiat semuanya.

Tuaian kali ini terdiri daripada (dari kiri ke kanan) pucuk cabang tiga atau pucuk tenggek burung, kulat telinga kera dan pucuk paku.

Pucuk tenggek burung tersebut saya ambil kali ini daripada pokok besar yang hidup di bawah redup pohon-pohon sekitarnya. Menakjubkan, rasanya lebih lemak dan sedap daripada pokok yang kecil dan terdedah kepada terus kepada cahaya matahari. Lain kali saya nak kutip lagi pucuk daripada pokok besar itu, dan simpan banyak-banyak dalam peti ais.

Pasal kulat telinga kera saya dah ceritakan di SINI.

Pucuk paku pula saya cuma celur dan makan sebagai ulam. Sedapnya bila makan dengan nasi putih panas. Rangup-rangup dan manis rasanya, dah lama rupanya saya tak makan pucuk paku ini. Patutlah sedap sangat rasanya ditekak saya.

Monday, September 2, 2013

Tuaian Hari Merdeka


Tuaian di buat pada hari Sabtu sempena hari merdeka, lokasi tuaian di kebun abah dan emak saya. Hasil tuaian terdiri daripada nasin (pucuk manis), pucuk ubi kerinting dan terung bulat.


Selain daripada itu saya juga dapat mengutip beberapa jenis biji benih, dari kiri ke kanan diperkenalkan benih labu manis, benih ulam raja, benih bunga telang serta delima dan benih durian belanda.

Monday, August 26, 2013

Tuaian Terung Bulat

 Ini dia hasil tuaian terung bulat daripada kebun abah saya.
 

 Kita tengok dari dekat sikit, boleh tahan juga banyaknya. Tapi abah saya kata dia dah terlewat tuai terung ini. Patutnya tuai awal sikit.

 
 Ini terung yang paling besar antara semua yang telah dituai. Rasanya cukup sebiji ini untuk sekali masak kari.
 
 
Ini pula nak menunjukkan saiznya bila dibandingkan dengan botol penyembur saiz 1 Liter.

Tuesday, August 20, 2013

Tuaian Rendang

Hari Raya lagikan? Tak salah kalau saya nak masak rendang, masa hari raya pertama kedua, ketiga dulu tak berapa makan rendang sebab banyak sangat makanan lain.
 
 Jadi saya pun menuai serba-sedikit tanaman di sekitar rumah saya untuk dibuat rendang. Tapi bukan sebarang rendang, rendang yang tak pernah dibuat oleh orang lain iaitu rendang ayam campur pucuk ubi dan pucuk mengkudu siam.
 
Saya cipta sendiri resepi rendang ini ikut sesuka hati saya.
 
Bahan-bahannya iailah cili api, cili kering, lengkuas, halia, kerisik, santan dan termasuklah bahan-bahan  di bawah ini:
 
 Pucuk ubi, serai dan daun limau purut


 Daun kunyit dan pucuk mengkudu siam.



Tadaaa! Ini dia rendangnya, saya makan dengan pulut kuning microwave. tapi yang ini belum betul-betul kering.
 
Saya masak lagi rendang ini sampai betul-betul kering dan bawa ke opis bertemankan pulut kuning.  Bagi kawan-kawan merasa serba sedikit. Alhamdulillah, ada yang kata sedap. Berjaya juga eksperimen saya.
 
Rendang ini saya buat banyak juga dan ada lebihannya. Nanti kita tengok apa pula eksperimen yang saya lakukan seterusnya.

Thursday, August 15, 2013

Tuaian Khamis Si Kangkung


Pokok kangkung ini dah lama saya tanam, bila nak masak saya potong sahaja sebahagian batangnya. sebahagian lagi saya biarkan ia tumbuh semula dan menghasilkan pucuk-pucuk baru.

Kebelakangan ini pokok kangkung ini dah pandai memanjat semua pasu gantung yang berdekatan dengannya, malahan pokok delima saya pun di panjatnya. Salah satu sulurnya dah memanjat jauh sehingga sampai ke bahagian sengkuap di hadapan rumah saya. 

Daripada terbiar merosakkan pemandangan di hari raya maka lebih baiklah saya tuai dan gunakannya dalam masakan.


Apa yang saya masak? Tentulah makanan paling ringkas dan mudah iaitu nasi goreng. Nasi goreng ikan masin yang saya terlupa nak letak cili.

Ada kawan opis saya cerita jirannya di kampung kaya dan banyak duit simpanan sebab hari-hari keluarganya cuma makan nasi goreng. Tak perlu masak lauk, sayur dan sebagainya, jimat. Satu hidangan yang sama untuk satu keluarga.

Jadi kalau kita nak banyak duit simpanan dan kaya, silalah hari-hari makan nasi goreng, kalau boleh nasi goreng ikan bilis kosong, boleh pergi Mekah balik hari.

Monday, July 22, 2013

Tuaian Gulai Masam


Ini dia tuaian yang terdiri daripada cili api dan serai. Cili api dah naik kering dekat pokoknya, sekarang ini susah betul nak jumpa hujan di kawasan rumah saya. 

Cili api pula tengah galak berbuah setelah hampir-hampir nyawa ikan akibat serangan bena putih. Selepas dipangkas dan sembur racun perosak, akhirnya pokok bertunas semula dan mengeluarkan buah yang lebat daripada sebelumnya.

Resepi yang saya nak buat dengan tuaian ini adalah gulai masam atau orang kebanyakan sebut Asam Rebus. Inilah masakan paling senang nak buat. Masak dalam microvawe pun boleh. 

Caranya tumbuk ciliapi, kunyit, bawang dan belacan. Titikkan serai. Kemudian sediakan periuk kaca, masukkan ikan (saya suka ikan tongkol, ikan lain pun boleh), masukkan air dan bahan yang ditumbuk beserta asam keping. Akhir sekali masukkan periuk kaca dalam microwave, setkan pada suhu tinggi selama 10 minit.

Masakan ini sangat sesuai untuk bangkitkan selera yang masih tidur waktu bersahur, selamat mencuba!

Thursday, July 4, 2013

Tuaian Nuklear


Macam beli dekat pasar sahaja kan. Tidak ya, ini semua tanam sendiri tapi bukan saya yang tanam tapi staff kat Agensi Nuklear Malaysia. 

Kebetulan saya berkesempatan ke sana tapi tak sempat melawat kebun  cuma sempat melawat Sinagama sahaja.



Saya ambil gambar sambil tanya-tanya soalan pada staff kat sana.


Ini kalau sesiapa tak kenal adalah pokok padi, diorang tanam dalam bekas aluminium rasanya. Khas untuk pameran sahaja.


Selama ini saya tak tahu yang Agensi Nuklear Malaysia ada terlibat dalam bidang pertanian. Saya nak beli benda dalam gambar ini. Tapi diorang kata tak jual, ada ka patut?

Monday, May 20, 2013

Tuaian yang di Nanti-nanti Termakbul Akhirnya


Tuaian dari rumah mak abah saya, kacang panjang-biasa, ulam tenggek burung-biasa tapi buah durian belanda memang luar biasa.

Sudah lama saya perhatikan durian belanda kat pokok di rumah mak abah saya. Teringin nak minta tapi malu sebab buahnya sikit sangat.

Tapi bagai pucuk di cita ulam pun mendatang, mak saya pelawa saya ambil buah durian belanda sambil minta kebenaran abah saya. Abah saya pun dengan rela hati pergi petik untuk saya bawa pulang.

Saya dah makan buah durian belanda tu, memang manis. Tapi manis sangat hingga hilang pula rasa asli durian belanda yang masam-masam manis dah rasa macam buah nona pula.

Semalam mak saya pula datang rumah saya, jadi saya ambil delima kat pokok dan bagi mak saya bawa balik. Saya suruh peram sampai masak .

 Ada ke pun orang peram buah delima?

Monday, April 29, 2013

Tuaian Buah Tangan



Inilah hasil tuaian dari rumah mak abah saya. Kecut semuanya sebab perjalanan jauh (jauh la sangat). Cuaca pula panas.


Apa yang saya kutip? Pucuk ubi kerinting, betik mengkal, bunga kantan dan ulam tenggek burung.


 Ini pula hasilnya setelah dimasak. Rebus pucuk ubi campur betik mengkal. Memang kegemaran saya. Cicah pula dengan sambal belacan campur asam jawa. Terangkat! Makan dengan nasi putih, jangan pula makan dengan nasi beriani, tak kena lansung.

Ada lagi satu benda yang mak saya bekalkan masa saya balik, pais ikan. Tapi lupa nak ambil gambar. Sambal kelapa pais ikan yang lebih saya simpan. Esoknya saya makan ulam pucuk tenggek burung cicah sambal kelapa lebihan pais ikan. Tentulah dengan nasi putih.

 Sedap.


Monday, April 22, 2013

Tuaian Hari Isnin - Nasin


Tuaian hari Isnin saya merupakan daun nasin atau asin-asin atau pucuk manis atau cekur manis.


Pokoknya dah tinggi sangat melebihi atap belakang rumah saya. Terpaksalah dituai. Selalunya tunggu bila stok sayuran di rumah habis tapi kali ini tak boleh tunggu lagi. Daunnya pun dah banyak yang tua.


Saya tak bazirkan daunnya lansung, yang tua pun saya masukkan sekali. Batangnya pula saya cucuk kembali ke tanah untuk dapatkan pokok-pokok baru.


Selalunya daun ini sedap dimasak lemak putih campur keledek tapi saya ini jarang masak guna santan. Jadi saya masak tumis air sahaja. Tak sangka lembut semua daunnya dan yang penting sekali sedap lagi berkhasiat.

Monday, March 18, 2013

Tuaian Isnin


Tuaian hari Isnin terdiri daripada buah dan daun. Buah mulberi dan daun jarum tujuh bilah.


Buah mulberi terpaksa dituai kerana hari ini saya bertolak ke Terengganu, takut-takut balik dari sana tinggal tangkai sahaja. Semut dekat kawasan rumah saya suka sangat makan buah mulberi walaupun masam.

Daun jarum tujuh bilah pula saya tuai sebab nak merealisasikan resepi yang dah lama saya pendam iaitu daun goreng tepung (hehehe... macamlah resepi dasyat sangat).



Dah siap pun goreng. Warna tepung salutan gelap sikit sebab saya guna tepung ayam goreng lada hitam jenama Bestari. Disebabkan saya 'rajin', saya campur telur sebiji, tepung Bestari dan air sekaligus. Selepas tu saya celup daun dalam ramuan tepung dan terus goreng dalam minyak terendam.


Dari segi rupa ada sedikit kurang sehingga terpaksa dihias dengan dua biji cili api (kalau nampaklah, kalau tak nampak kira lagi satu 'Jumaat' sahaja lagilah). Dari segi rasa memang lebih sedap daripada makan daun mentah. Tepung lada hitam memang sangat sesuai dengan rasa daun jarum tujuh bilah ini.

Apalah, sendiri tuai, sendiri masak dan puji lebih-lebih pula. Tapi kalau kawan-kawan nak cuba apasalahnya, sedap lagi berkhasiat.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...