Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman?
WhatsApp 017 455 95 36
Cantik buah ni kan. Malaysia pun ada banyak beri yang terbiar. Ini buah pokok mata itik. Sekarang memang musim pokok ini berbuah lebat. Pokok ini di rumah adik saya. Saya pun mengutip dengan gembira. Lebat sungguh buahnya. Pokok pun rendang dan rendah. Separas bahu orang dewasa sahaja.
Saya ambil banyak juga buah ini dan makan bawah pokok kuini. Habis biru lidah saya.
Kalau tengok isi buah mata itik ni macam buah plum pun ada. Tapi rasanya tak macam buah plum pun. Rasanya kelat-kelat manis.
Ini pulak pucuknya. Saya suka buat ulam memang sedap. Lemak-lemak rasanya. memang kegemaran saya.
Pokok mata itik ini memang senang ditanam. Cantik juga sebagai pokok hiasan.
Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman?
WhatsApp 017 455 95 36