Nak beli benih online?

Showing posts with label timun betik. Show all posts
Showing posts with label timun betik. Show all posts

Tuesday, June 12, 2018

Timun Betik 2018


Semalam dalam perjalanan dari Teluk Intan ke Pasar Ramadhan Sg Besar saya terjumpa orang jual buah timun betik ni. Baunya wangi sangat macam honey dew tapi kurang manis.







Cara makannya ialah buat serawa. Sangat sinonim dengan bulan ramadhan sebagai dessert. Biasanya buah ni dipotong-potong, tambah santan atau boleh juga susu cair dan ditambah gula merah/gula melaka.


Nak lagi sedap tambah ketulan ais. Nyum2. Ada juga yang panggil sebagai cendul timun betik.

Friday, March 2, 2018

Timun Betik Vietnam


Ni timun betik versi vietnam. Benihnya saya beli di pasar Ben Tanh HCMC. Abah saya cuba tanam dan dah berbuah pun.

Kali kedua saya ke HCMC, kedai benih tu tutup la pulak. Tak dapat nak beli benih baru. benih yang beli dulu dah habis orang borong. Sayang jer, tak sempat nak tanam sendiri lagi.

tapi saya ada simpan sepeket lagi benih tu, nanti saya nak cuba tanam la.

Friday, August 14, 2015

Timun Betik Belang Semakin Membesar

Dalam jarak masa seminggu, buah timun betik nampaknya semakin membesar dan warnanya semakin menguning. tak sabar-sabar abah saya nak tunjuk kat saya.



 Ada 2 biji yang cukup besar. Abah saya suruh ambil bawak balik ke rumah saya. Tapi saya pun tak pasti buah dah matang ke belum. Saya kata biarlah dulu. Biar mak dan abah saya yang merasa dulu buah timun betik ini.


Putik-putik yang kecil pun dah semakin membesar. Geram saya tengok. Agak-agaknya boleh buat sayur ker waktu muda tu. Mesti sedap kot kalau masak lemak putih. 





************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Monday, August 3, 2015

Timun Betik Berbelang?


Ini pokok timun betik berbelang yang abah saya tanam di sebelah rumah jer.  Saya lah yang paksa abah saya tanam. Benihnya saya dapat dari Pahang. Dekat kawasan saya tak jumpa timun betik jenis ini. Yang biasa ada disini ialah yang kulitnya seperti tembikai susu. seperti yang pernah saya tunjukkan dalam blog ini. DISINI

Mula-mula saya tengok pokok ini nampak macam banyak bunga sahaja tapi buahnya tak ada. Saya tinggalkan sahaja. Bila abah saya balik dari kebun serai, dia suruh saya tengok sekali lagi. Rupanya abah saya dah selak daun-daun pokok timun betik ini supaya senang saya nak tangkap gambar. Terharu saya.

 Abah saya memang tau minat saya ambil-ambil gambar ini. Abah saya tak ketinggalan juga tunjukkan pokok jagung dia yang dah matang, siap petik sebiji bagi kat saya. Katanya tak bole nak bagi banyak sebab jiran-jiran dan tegur. Jadi terpaksalah bagi sikit sorang.  




Inilah rupa buah timun betik berbelang. Biji benihnya ada saya jual. sepeket RM2. Ada sepuluh biji benih. Boleh email saya semuamenjadi@gmail.com untuk memesan yer. jangan malu dan segan. Pilihan benih lain ada di jualansm.blogspot.com. Boleh klik kat tulisan tu.




Ada banyak juga buahnya. Putik pun banyak. Pasni kenduri timun betik la nampaknya. cara makannya mudah sahaja. Macam kita buat serawa. 

Buang kulitnya. Potong kiub. Masukkan santan segar atau susu/krimer cair. Kemudian tambah madu atau gula untuk sedapkan lagi. Jangan lupa letakkan kiub ais untuk menambahkan kelazatan serawa anda.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Monday, December 16, 2013

Kenapa Tak Jadi Macam yang Rose Tanam?

Mula-mula sekali saya nak minta maaf pada Kak Fifi (bukan nama sebenar, kalau dia baca dia taulah nama sebenar dia...hehehe) kerana terpaksa memaparkan cerita Kak Fifi kat blog saya ni.
 
Pada suatu hari sedang saya enak menikmati 'durian pancake' kat sebuah restoran ternama (kununnya), tiba-tiba saya terdengar telefon saya berbunyi. Ada panggilan daripada seseorang yang saya kenali iaitu Kak Fifi.
 
Kak FiFi jarang-jarang telefon saya kecuali nak pesan pokok atau biji benih walaupun kami bekerja di tempat yang sama (tapi opis lain). Kali ini Kak Fifi tanya pada saya tentang pokok timun betik yang telah ditanamnya. Kata Kak Fifi buah timun betiknya tidak bertukar warna kepada kuning susu walaupun telah sampai tempoh matangnya (macam yang Rose tanam). Kak Fifi tanya lagi macamana nak tahu buah timun betiknya dah matang.
 
Saya cadangkan Kak Fifi cium bau buah tersebut, kalau ada bau seperti tembikai susu maknanya buah tersebut dah masak. Kak Fifi kata susahlah nak cium sebab buahnya tinggi (saya rasa pelik). Dia kata lagi kenapa timun betik yang ditanamnya tak kelihatan seperti timun betik yang saya paparkan dalam blog ini.
 
Kak Fifi kata nanti dia hantar gambar timun betik tersebut melalui e-mel, maklumlah saya ini guna telefon cap itik jer jadi tak ada aplikasi canggih yang sewaktu dengannya.
 

Inilah gambar-gambar 'timun betik' yang Kak Fifi hantar.
 
Sebaik sahaja saya buka email dan lihat gambar-gambar ini saya ketawa terbahak-bahak. Alahai Kak Fifi, patutlah warnanya tak bertukar. Ini bukannya timun betik tapi petola sarang atau petola bantal.
 
Memanglah warnanya tak akan bertukar kuning susu tapi akhirnya akan bertukar menjadi coklat. Bila saya bagitau Kak Fifi macam tu terus Kak Fifi bengang sebab tak sempat nak buat sayur buah petola ini. 
Pada ketika ini buah petola dalam keadaan berserat tentu tak sedap dibuat sayur. Tak apalah Kak Fifi, kita simpan hingga dapat sabutnya dan gunakan untuk basuh pinggan yer.
 
Kesian Kak Fifi, rupa-rupaya salah tanam biji benih. Tak apa kita cuba lagi yer Kak Fifi. Jangan risau pokok timun betik senang nak tumbuh dan berbuah. Kalau tanam biji benih yang betul (kalau tak ada, meh jumpa saya, saya bagi free jer).
 
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
 

Friday, September 20, 2013

Timun Betik Timun Suri Timun Acheh


Teringat nak cerita balik pasal si Timun Betik ini sebab ada rakan-rakan yang bertanya dan memberi khabar tentang timun betik di email semuamenjadi@gmail.com. Inilah rupaparas timun betik yang dibelah dua.

 Jangan tak tau, yang warnanya sedikit jingga itu rasanya lebih manis berbanding isinya.
 
Kalau yang belum tahu macamana nak menikmati isinya sila ke SINI.


Ini biji si Timun Betik. Selepas di basuh dan dikeringkan boleh di tanam pokoknya. Nak tengok pokok timun betik sila ke SANA.
 
Kalau nak beli benih timun betik sila ke SINUN 

Monday, May 13, 2013

Dah Masak!


Pejam celik, pejam celik dah masak pun buah timun betik yang saya tanam.


Saya tahu dia masak pun sebab tertanggal dari tangkainya dan jatuh dalam pasu. Tercederalah sedikit, kesian. Ingatkan lambat lagi baru masak.


Inilah rupanya bila dibelah dua. Bahagian yang berwarna jingga itu ada biji benihnya, rasanya agak manis tapi kita tak makan yang itu.


Kita ambil isinya sahaja, baunya memang harum, macam bau tembikai susu.


Buah ini memang kurang manis berbanding tembikai susu, jadi kita taburkan gula.


Lepas itu kita tuangkan santan, tapi saya tak ada santan jadi saya letak susu cair. Seeloknya letak ketulan ais sekali barulah sedap dan menyegarkan. Tapi memandangkan sekarang ini saya tengah batuk, saya pun tak letak la.

Apalagi makanlah! Sedap rasanya lemak-lemak manis. Cubalah!

Tuesday, April 30, 2013

Betik Akar


Rupa macam betik kan. Saya baru tahu nama baru bagi timun betik, timun ladang, timun suri dan betik akar namanya yang lain diberitahu oleh seorang tuan kedai makan.


Mula-mula saya tak perasankan putik timun betik ini. Ia tumbuh di luar pagar rumah saya. Dah termasuk ke kawasan jiran belakang rumah yang tak balik-balik dari cuti sekolah hujung tahun lepas. Agaknya mereka sekeluarga pergi ke Australia untuk bekerja sebagai pemetik apel. 

Merepek lebih-lebih pula. Tapi memang betul, ada kenalan yang pergi ke Australia dua tiga bulan setahun semata-mata untuk jadi pemetik buah. Katanya lumayan juga pendapatannya. Teringin pula saya nak kerja macam tu, kalau petik anggur lagi seronokkan. Tapi mana-mana kerja pun tentu ada susah-payahnya.


Tapi tak apalah, saya jadi pemetik buah mulberi, timun betik, delima, anggur dan lain-lain buah dekat rumah saya cukuplah.

Daripada hujan emas di negeri orang, lebih baiklah hujan batu di negeri sendiri.

Tuesday, March 12, 2013

Dari Bunga Menjadi Buah

Ingat lagi tak pasal timun betik si timun ladang yang saya ceritakan di SINI

.

Cepat betul, dah berbunga pun, banyak pula bunganya walaupun semuanya bunga jantan. Satu petanda yang baik.



Tapi semenjak ada bunga ini, daunnya dah ada tanda-tanda diserang kekabuh.


Semoga akan ada bunga-bunga betina yang tumbuh dan akhirnya menjadi buah.

Kawan-kawan yang ada benih timun ladang dah semai  ke belum benihnya?

Thursday, February 28, 2013

TImun Betik Si Timun Ladang


Ingat lagi entry saya tentang TIMUN LADANG. Ini gambar pokoknya di belakang rumah saya.


Ceritanya bermula begini, pada suatu hari saya membawa pulang sebiji timun betik atau nama manjanya Timun Ladang daripada kebun abah saya. Saya pun simpan buah itu di dalam petiais. Sehinggalah beberapa lama kemudian, sehingga buah itu hampir menjadi jem tanpa gula di dalam petiais saya sebab saya tak sempat nak makan dia. Saya rasa sungguh menyesal kerana membazir tapi timun ladang sudah tidak sepertinya lagi terpaksalah saya lupuskannya sahaja. Tetapi sebelum itu sempatlah saya mengasingkan bijinya untuk di keringkan lalu dijadikan benih.

Selepas ia kering, saya pun mengasingkan biji benih yang elok-elok untuk di bungkus dan disimpan untuk masa hadapan. Biji benih yang kelihan rosak dan tak sempurna saya sebelahkan tapi sayang nak buang jadi saya taburkan ia dalam pasu pokok terung saya yang sudah sampai tarikh luputnya. Sebelum itu saya ada cucukkan batang daun kesum di situ tapi pertumbuhannya kurang subur.

Tak lama kemudian, ada pula anak-anak timun betik yang tumbuh dikalangan anak-anak pokok kesum tersebut. Mula-mula saya pelik juga sebab saya terlupa saya pernah buang biji benih timun betik dekat pasu itu. Saya ingatkan pokok apa, tetapi setelah memanggil kembali storan ingatan saya barulah saya teringat perbuatan saya dahulu.

Sila lihat anak pokok dalam bulatan yang ada anak panah. Mula-mula cuma sepohon yang hidup.


Makin lama banyak-banyak pohon pula yang hdup, rupa-rupanya semua benih yang saya buang itu bernas. Sekarang ini ia telah hampir memenuhi pasu tersebut, bayang pokok kesum hampir tidak kelihatan. Memanglah pertumbuhan pokok timun betik ini agak pantas, tapi tak taulah sama ada ia akan menghasilkan buah atau tidak. Kita lihat sahajalah nanti.

Belakang pagar rumah saya itu kelihatan tak teruruskan. Sebelum ini saya perhatikan jiran belakang rumah saya selalu tak ada di rumah bila musim cuti sekolah. Tapi sejak musim cuti  sekolah akhir tahun, jiran belakang rumah saya ini lansung tak nampak batang hidung. Laman belakang rumahnya dah semakin semak, sebelum ini dia pun ada tanam macam-macam sayur.

Tapi elok juga bila dia tak ada. Kurang sikit pencemaran bunyi dan asap. 

Jiran saya di belakang ini suka sangat marah anak-anaknya sambil menjerit-jerit. Anak perempuannya suka sangat menyanyi lagu Korea. Anak lelakinya suka sangat main seruling dan maknya pula suka sangat hisap rokok sambil bertinggung kat pintu belakang rumahnya sambil pandang-pandang tanaman belakang rumah saya (hehehe... perasan sikit).




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Tuesday, December 4, 2012

Opps! Timun Ladang Rupanya

Ingat lagi entry saya mengenai Timun Tikus?   Pokok yang sangat subur kelihatan seperti pokok labu. 

Betul sangkaan saya, sebenarnya abah saya tanam benih timun betik ataupun timun ladang bukannya benih timun tikus seperti jangkaan saya.


Pokok yang cantik menghijau dulu, daun-daunnya dah kekuningan, di sana-sini banyak buah timun ladang yang terbaring di atas tanah, ada sebahagiannya yang berlubang di mamah serangga.


Ini antara buahnya yang sudah matang tapi belum sesuai dimakan lagi. Tapi buahnya kecil dan kontot sahaja.


Buah timun ladang ini kalau dah masak, banya menusuk jiwa. Lebih wangi daripada bau tembikai susu. Tapi jangan terpedaya, rasanya tidak seenak tembikai susu. Selalunya rasa timun ladang ini tawar. Terkenal sewaktu bulan Ramadhan, sesuai dijadikan pencuci mulut dan disediakan dalam bentuk serawa iaitu campuran santan dan gula, selalunya ditambah ais dan campurkan dengan potongan buah timun ladang. 


Dua orang model cuti sekolah sedang memegang dua biji timun ladang atau timun betik yang berlainan saiz. Keduanya belum pernah makan serawa timun ladang sehingga ke hari ini termasuklah saya sendiri.

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...