Pada satu hari tiba-tiba boss besar minta saya dan rakan-rakan berjualan untuk memeriahkan satu majlis.
Terfikir nak jual apa ya, dalam masa singkat ini mana nak cari barang-barang dagangan. Ada seorang rakan mencadangkan saya jual biji benih yang banyak dalam simpanan saya.
Bukan dengan niat nak mengaut keuntungan cuma memenuhi permintaan boss besar. Kalau dapat untung, alhamdulillah. Kalau tak ada, redho.
Saya menjual biji benih petola bantal, roselle, timun betik dan kacang botol. Tapi nampak sikit sangat pula, macam tak meriah.
Jadi saya pun letak sekali anak pokok mulberi yang telah agak lama saya semai dan juga anak pokok delima yang saya beli di nurseri.
Tak lupa juga saya bawa 'laptop' sebagai rujukan gambar-gambar tanaman dan biji benih yang ada.
Ramai juga orang yang bertanya tentang jualan saya, penat lah juga saya pot pet sana-sini. Macam-macam maklumat saya beri. Nampaknya ramai juga yang berminat.
Jangan tak percaya, barangan pertama yang dibeli oleh pelanggan adalah anak pokok mulberi. Tak sangka saya. Gembira sungguh. Menyesal tak semai banyak-banyak anak pokok mulberi.
Kalau nak tau, pokok delima saya pun habis dijual. Tak ramai yang tahu anak pokok delima ada dijual di nurseri. Bila saya tunjuk gambar pokok delima saya yang berbuah dalam masa tak sampai setahun, lagilah pembeli semakin berminat.
Biji benih dalam peket ada juga yang terjual tapi tak banyak mana. Ada yang ingat saya jual rempah ratus seperti jintan, ketumbar dan lain-lain.
Apapun saya sangat puas hati dengan hasil jualan kali ini. Bukanlah saya tak biasa berjualan. Biasa sangat sejak dari kecik lagi. Tapi inilah kali pertama saya berjualan anak benih dan anak pokok. Lain masa dan peluang tentu saya akan berjualan lagi.
Tak lupa juga ada pelanggan yang tempah racun siput dengan saya. Alhamdulillah, murah rezeki.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
Wah bagusnya berjualan macam tuh kan..kalau buat persediaan lg awal mesti lg meriah kan..:)
ReplyDeleteesok nak jual petang tu baru bgtau, apa yg ada je la
Deleteamboiii.. hepinya dia... senyum sampai telinga...
ReplyDeletecam baca citer kanak2 pun ada... sebab ada kegembiraan di hujung citer tu.. :) hepi ending.. :) ape pun tahniah.. anda berjaya...
hepi ler sbb dpt rezeki...hehehe
Deletewaah, ni dak kira projek komersial rose...hrp dapat byk untung
ReplyDeletekecil-kecilan jer....hehehe
Deletewah..dah jd businesswomen!! tahniah! Lynn pulak x reti dan malu nak mintak duit. Sbb tu sampai sekarang jadi hamba org... kalau meniaga entah ke manalah jawabnya sbb kalau bolh sumer nak kasi free!
ReplyDeletetu namanya org baik ati...hehehe, suka sedekah
DeleteAssalam rose. bestkan..dari hobi boleh buat duit..tahniah, dah berjaya jadi usahanita =)
ReplyDeletew'slm best kaknah, rasa nak bukak nurseri plak...hehehehe
DeleteJual produk sendiri amat menyeronokkan ...
ReplyDeleteTahniah ...
ikut jejak langkah tuan la ni...hehehe
Deletewah.. bestnya ada program macam tu.. bagus-bagus, harap-harap daripada pot pet pot pet tu lebih ramai yang menghijaukan bumi ni
ReplyDeleteprogram tergempar mmg best sebab dpt untung hehehe
DeleteWaaahh..bagusnya..
ReplyDeletebagus sbb laku kalo tk laku....sedih...hehehe
DeleteSyoknya...ternyata ramai yg suka bercucuk tanam.
ReplyDeletesebenarnya mmg ramai org suka bercucuk tanam tapi tk byk pengetahuan dan sumber shj
DeleteBoleh buka nurseri...
ReplyDeleteberangan gak kenkadang
Deletebestnya teringin pulak nk beli benih timun betik?.....
ReplyDeletebuat masa ini timun betik kehabisan stok, tinggalkan alamat kat email sy, kalo ada stok nanti sy hantar tapi tak tau la bila yer
ReplyDeleteassalam. ada jual atau tau x dimana ada jual anak pokok roselle. sy perlukan dalam 270 pokok. anything minta tolong roger saya ye 013-4043181. najwa. area klang/ shah alam/kl
ReplyDelete