Ini pokok pegaga. Pokok pegaga ada banyak jenis tapi yang ini saya panggil pegaga kampung. Ini bukan pokok tanaman saya tapi pokok yang tumbuh di kawasan RnR Titiwangsa. Saya sukakan ulam pegaga kampung ini. Sangat suka.
Walaupun nama blog ini SEMUA MENJADI, kadangkala ada juga yang tak menjadi. Ada juga orang yang kata saya riak bila saya namakan blog ini sebegitu, tapi cuba baca catatan pertama saya di blog ini, tentu tak timbul lagi rasa sangsi. Sila klik di SINI utk baca.
Tujuan saya menulis ini cuma nak bagitau, sudah beberapa kali saya cuba menanam pokok pegaga kampung namun semuanya hampa. Bermacam cara saya gunakan. Pasu berlubang, pasu tak berlubang, tanah itu, tanah ini, kesimpulannya pelbagai cara dan kaedah saya gunakan tapi masih gagal.
Bukannya rumah saya tak ada pokok pegaga, ada tapi pegaga nyonya yang rasanya tak berapa kena dengan selera saya.
Tapi saya tak akan putus asa dan akan terus mencuba untuk tanam pokok pegaga kampung ini sehingga berjaya. Kepada pekebun-pekebun yang telah berjaya, mohon kongsikan petua dan tips untuk berjaya daam penanaman pegaga kampung ini.
Sekian, terima Kasih.
sy pun suka pegaga jenis ni...ada tumbuh liar luar pagar umh mak sy..tapi kecik2 tak subur..yg bulat2 besar mcm ni br puas mkn kan
ReplyDeleteha btoi tu, kalau tanam sendiri terjamin kebersihannya, yg dibeli kadang-kadang mragukan
Deletepegaga jenis ini, khabarnya, lebih berkhasiat.
ReplyDeletecuba tanam pada tanah sentiasa lembab dan naung.
timekasih, akan dipraktikkan
Deletesalam Rose,
ReplyDeletepegaga kampung ni, kena guna tanah tepi2 sawah tu, jangan ada pasir.pastikan tanah sentiasa lembab dan teduh.Insyallah hidup.Saya ada cuba satu pasu.
salam kak,
Deletehaaa...tanah tepi sawah? sawah pun saya tak pernah nampak kat sini kak, apatah lagi tanah nyer...hehehe, mungkin akak maksudkan tanah liat yer, nanti sy cuba, timekasih kak
hehehe tak pernah gi sawah ye..gini, Ros kan selalu outstation, kalau drive pulang singgah lah, dekat sawah tepi2 jalan, tegur orang kat situ..mintalah kebenaran..minta sepasu tanah kat sawah tu..tanah tepi batas sawah tu, bukan juga sepenuhnya tanah liat, sangat subur dan sejuk.
Deleteok kak, akan dicuba cari
Deletesaya juga dah 3-4 kali cuba tanam dari yg diberli di pasar. semua tak menjadi. akan dicuba sampai berjaya guna cara kak puteri purnama
ReplyDeletetak sangka ada geng tak jadi sbb selaunya pegaga ni tumbuh sendiri tak payah tanam kan
DeleteTak pe,tak berjaya cuba lagi...dari situ kita belajar. Tak semua benda akan menjadi terus...usaha tangga kejayaan. Saya ni masih tak berjaya2 nk tanam cili. Tgk blog zamzurina cili kulai king bukan main meriah....menambahkan perasaan berkobar2 nk usaha sampai berjaya.
ReplyDeletememasing ada tanaman yg gagal ditanam yer....hehehe, kelako plak rasanya
DeleteSaya pun cuba tanam depan rumah....tapi tak menjadi...nak cuba lagi... Nnk bagi anak makan...pegaga ni tonik otak untuk kanak2
ReplyDelete