Entri ini khas untuk Mak Aji dari Greenfingers
dan
Bonda dari My Cat Homes
serta kawan-kawan lain yang komen dan juga yang ingin tahu.
Sila rujuk entri INI
Ya! Saya sudah bertanya kepada pekerja Nepal yang mengaku Bangla di nurseri kegemaran tentang harga pasu-pasu dinding ini (tapi lupa nak tanya siapa nama si Nepal).
Kata Incik Nepal, harganya sangat mahal!
Apa dia ingat saya tak ada duit ker?
Saya paksa dia beritahu juga harganya. Katanya setengah dozen (6 pasu seperti gambar) adalah RM70, tidak termasuk pasu, tanah apatah lagi bunga-bungaan yang ada dalam pasu itu.
Setelah saya kira balik berapa harga pasu yang ditayangkan dihadapan nurseri kegemaran ini, harganya hampir mencecah RM1260 (ya, saya kemudiannya mengaku saya tak ada duit di dalam hati secara diam-diam agar Incik Nepal tak dengar).
Betul kata Mak Aji tapi yang ini rupanya lebih mahal daripada yang dijangkakan, belum termasuk kos besi sokongan yang dipasang di belakang pasu-pasu ini. Nampaknya boleh tengok dan angan-angan sahajalah.



