Ini pucuk muda daun jarum tujuh bilah (JTB) yang banyak khasiat.
Pokok JTB ini cepat membesar dan kadangkala sampai tak terkawal. Saya memang selalu memangkas pokoknya.
Kalau tak dipangkas, rumah saya boleh jadi belukar dan durinya memang agak merbahaya terutamanya kepada kanak-kanak yang suka menjolok buah mulberi dan membuang sampah merata-rata di hadapan rumah saya.
Pada mulanya memang sengaja saya letak pokok ini ditepi jalan dihadapan rumah saya. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kebarangkalian jiran saya yang baik budi daripada meletak keretanya dihadapan rumah saya.
Pekara tersebut perlu dilakukan kerana keretanya mungkin menghalang saya yang ingin keluar bekerja awal pagi ataupun kecemasan ditengah-tengah malam seperti pergi ke klinik dan sebagainya.
Lain pula yang saya cerita. Sebenarnya saya nak bagitau yang pucuk JTB ini sedap dimakan sewaktu ia masih muda seperti ini.
Lagipun senang nak memetiknya kerana pada ketika ini durinya masih belum tumbuh dan kalau adapun ia masih lembut dan tidak merbahaya.
Semalam saya makan ulam JTB cicah dengan cencaluk pemberian adik saya beberapa tahun sudah. Tak taulah dah sampai tarikh luput ke belum.