Sekarang ini susah betul nak jumpa pokok jambu batu kampung. Kalau di rumah mak abah saya dah tak ada lansung. Padahal masa kecik dulu inilah pokok buah yang paling banyk tumbuh merata-rata dan menjadi pusat aktiviti segala permainan bagi saya dan sepupu-sepupu saya.
Pokok jambu batu dalam gambar ini saya jumpa sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Teringat kenangan masa kecik dulu, jadi saya tak lepaskan peluang untuk tangkap gambar buah jambu batu kampung ini.
Dulu selepas balik mengaji saya selalu pergi panjat pokok jambu batu untuk ambil buahnya. Masa itu ada dua jenis jambu batu, satu yang isi merah dan satu lagi yang isi putih. Saya paling suka yang isi putih.
Ada satu hari, panjat punya panjat waktu nak turun dari pokok perut saya terkena dekat dahan pokok jambu yang baru di potong. Panjang lukanya. Mula-mula kena, nampak putih sahaja kulit perut yang dah luka tu sebab lukanya agak dalam.
Saya pun berlari balik rumah sambil menangis mengadu dekat abah saya. Masa itu abah saya boleh kata dia nampak nasi keluar dari luka di perut saya itu. Saya pun apalagi, menangis makin kuat, saya percayalah cakap abah saya lagipun masa itu saya kecik lagi, masih belum sekolah.
Abah saya memang suka bergurau dan tak garang lansung. Saya tak berani nak bagitau mak saya pasal perut saya luka tu sebab mak saya tersangatlah garangnya, nanti bukan sahaja sakit sebab luka tapi tambah pula dengan sakit kena rotan.
Buah jambu batu kampung walaupun tak sesedap jambu batu moden yang besar, tetap menjadi pujaan di hati saya. Suatu hari nanti saya akan cari pokok jambu batu ini dan cuba tanam di rumah saya.
Hari Jumaat ini saya kena bekerja di luar kawasan lagi, kali ini dekat Kelantan pula. Harap-harap hotel dekat Kelantan tak serupa macam Terengganu lah hendaknya. Kali ini saya kena bekerja selama tiga hari dua malam sehingga hari Ahad. Nampaknya tiada cuti hujung minggu untuk saya pada minggu ini.
Assalammualaikum Rose,
ReplyDeleteselamat bertugas, manisnya kenangan masa lalu, ada ayah ibu,semua kesedihan kita mereka nak tahu..tujuannya hanya nak pastikan anak2 sentiasa riang dan selamat. semoga jumpa benih jambu kenangan tu.
waalaikumsalam kak,
Deletenak carik benih jambu kat kelantan ni
betul jarang sangat nak jumpa jenis jambu kecik2 ni...sy suka yg isi merah tu..mmg dh lama sgt tak mkn jenis tu..:D
ReplyDeleteisi meerah best jugak, sekarang ni jambu batu besar isi merah dah ada jual kat supermarket
Deletedulu kat umah mak knah ada pokok jambu ni..tp sekarang bayang pun xpernah nampak
ReplyDeleteumah lama mak saya pun ada gak dlu, tapi abah sy dah tebang...hehehe
DeleteSaya suka yg merah, dan zaman budak2 dulu (tahun 1970an) mmg suka juga pnjat pokok jambu (anak2 tak percaya mama dia dulu boleh panjat pokok!)
ReplyDeleteYg saya ingat sgt ialah dahan jambu LICIN!! Tetapi dia liat (susah patah), tak macam dahan rambutan yg rapuh dan senang patah.
Ada kawan2 saya yg ingat saya menghafal pelajaran atas pokok jambu - saya sendiri pun tk ingat!!
Semua tu tinggal kenangan....
macam2 kenangan kat pokok jambu kan, selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat
Delete