Sebentar tadi sempat mendengar cerita daripada seorang makcik, cucunya yang menghidap asthma rajin makan kudup/tanduk pada bunga costus ini. Sekarang ini cucunya dah pulih sepenuhnya daripada penyakit asthma.
Seorang pakcik pula bagitau untuk memilih kudup costus yang baik adalah yang belum dimasuki semut, sebab katanya manisan dalam kudup yang merupakan antara intipati penawar telah hilang diambil semut2 tersebut. Sekadar berkongsi petua daripada orang-orang lama untuk kebaikan kita bersama.
Saya pun ada tanam pokok ini di rumah sebab dia cantik tak tau pulak baik untuk pesakit asthma.
Rupa-rupanya anak pokok ini boleh didapati tumbuh dari bunganya. Nak biarkan bunga di pokok saya keluarkan anak pokok macam yang saya lihat tadi.
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH
Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK
Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?