Buah delima saya pun nak diserangnya, melampau betul si bena putih ni. Kawan baiknya si semut hitam pun penuh mengelilingi buah delima saya. Entah macamanalah rupa isi delima ini nanti.
Pokok delima ini pulak berbuah betul-betul di cucur atap sengkuap rumah saya. Membuatkan tetamu yang datang rasa geram jer nak petik. Memang boleh dicapai dengan tangan.
Tak sia-sia menanam pokok delima sebab ia berbuah sepanjang tahun. tapi jaga-jaga dengan batang pokoknya yang agak berduri. Pokok yang saya tanam ini tak sampai setahun dah mengeluarkan buah begitu juga dengan pokok yang mak saya tanam.
Bukan di situ sahaja dia berbuah, malah atas dan tepi atap pun dia nak berbuah, harap-harapnya cucu jiran saya tak rajin menjolok macam selalu lah hendaknya.
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi