Dah lama saya impikan nak tanam padi sendiri. Nak lihat perkembangannya di depan mata. Maklumlah saya tak di besarkan di kawasan sawah. Dapat tengok sawah pun bila dah dewasa.
Saya gunakan benih padi sawah. Untuk percubaan pertama, saya ambil sejemput padi dan rendam dalam air paip.
Pada hari kedua (2 hari 2 malam) saya dapati benih-benih padi telah mula mengeluarkan akar berwarna putih. Kemudian saya buangkan air dan taburkan ke dalam pasu (tiada lubang) yang berisi tanah.
Pada hari keempat benih-benih padi telah mula mengeluarkan daun hijau yang tumbuh menegak. Pada masa ini saya siram pasu seperti biasa. Tak perlu hingga air bertakung.
Setelah pokok agak besar barulah biarkan air bertakung didalam pasu.
Saya akan update perkembangan seterusnya tentang penanaman padi dalam pasu ini dari semasa ke semasa.
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH
Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK
Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
Sila ke KERATAN BATANG TANAMAN