Ini tanaman di rumah mak abah saya. Jangan minta nak melawat kebun saya pula lepas ini yer. Saya tak ada kebun mahupun ladang cuma tanah sekankang kucen depan rumah saya. Tak layak lansung dipanggil kebun.
Masalahnya saya selalu dapat email daripada orang persendirian, pelajar-pelajar universiti yang ambil ijazah sarajana muda serta yang ambil PhD dan juga syarikat-syarikat yang nak melawat kebun saya. Ada yang nak buat penyelidikan la, nak buat model dan macam-macam lagi permintaan yang buat saya nak tergelak kuat-kuat.
Lain pulak saya cerita, lari dari tajuk entri hari ini. Adik saya la yang ajar makan ulam mentah pcuk kaduk ini. Boleh tahan juga rasanya. Terutamanya bila di colek dengan sambal belacan ikan goreng ( sambal belacan campur ikan goreng tumbuk sekali kemudian perah limau kasturi).
Saya pun ada tanam sikit dekat rumah saya. Kadang-kadang bila balik kerja lambat dan perut lapar. Masak yang ringkas-ringkas contohnya goreng ikan dan masak nasi guna microwave, kemudian pusing-pusing depan atau belakang rumah, kutip pucuk-pucuk yang ada. Dah boleh makan. Jimat, mudah lagi menyenangkan.
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH
Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK
Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
Sila ke KERATAN BATANG TANAMAN
amboi cantiknya daun...bekilat2... masak dengan sayur lemak jantung ni sedap.....
ReplyDeleteTk pernah lg cuba masak lemak. Nantink cuba la
DeleteGeramnya tengok pokok daun kaduk tu..... subur sangat. Saya dah cuba tanam tapi tak juga naik-naik.
ReplyDeleteRasanya dua nk tempat yg redup2 dan lembab
Deleteada jual jgk ke kaduk.dah lama carik, saya suka yang direbus...hehehe sedap
ReplyDeleteAda. Rebus pun tk petnah cub....hehehe
Deletesedap ke ulam kaduk ni kak? pahit?
ReplyDeleteTk pahit lansung tp terlebih lemak cam ada ajinomoto
Deletedaun kaduk nih senang nk hidup kan, kt umah mil belakang umah dia penh ngn ulam kaduk nih, dah nampak mcm rumput2 lak sbb membiak sgt... msti banyak khasiat nyer kan
ReplyDeleteSnang sgt sampai tk terkawal pulak kenkadang tu
DeleteSaya biaa makan yang dicelur saja, yg mentah belum coba lagi...
ReplyDeleteJom cuba. Bole rahan rasanya
Delete