Perlu diingatkan ini bukan pokok anggur yang saya tanam. Gambar ini saya ambil dari sebuah nursery yang biasa saya pergi. terpegun sungguh saya tengok pokok anggur ini yang ditanam dalam pasu plastik sederhana besar. Pada mulanya saya ingat anggur hijau.
Janganlah ditanya pada saya jenisnya sebab saya memang tak tahu ia jenis apa. Belum sempat mendalami lagi ilmu tentang pohon anggur. Mungkin satu masa nanti saya akan luangkan masa belajar mendalam lagi tentang jenis-jenis anggur.
Dua minggu kemudian saya pergi lagi ke nursery tersebut dan saya dapati buah anggur telah bertukar warna. Comei sungguh. Tertawan rasanya melihat rupa buah anggur ini. Namun saya tak beli juga sebab harganya pada saya terlampau mahal RM168 walaupun toke nursery kata nak bagi murah sikit dengan saya sebab pelanggan tetap.
Dapat tangkap gambar pun jadilah.
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH
Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK
Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
Sila ke KERATAN BATANG TANAMAN
takut blk tanam kat rumah tak hidup
ReplyDeleteTengok jiran tanam, menjalar teruk sangat...
ReplyDeletemahal kan kak.. rm168 pokok anggur tu.. tapi kalau dah pakar tanam apa pun menjadi kan..
ReplyDeleteSalam smRose,
ReplyDeleteSaya pun teringin nak belajar pasal anggur dan tanam anggur kat rumah..tapi kedekut nak keluar duit beli anak pokok..hahaa..bapak mertua ada tanam kat rumah dia..nak mengurat mintak kat dia bagi free baru nak start tanam..hee...
Petak Bunga: Jangan takut...hehehe, anggur antara pokok yg lasak dan panjang umur. Terpotong brapa kali pun selalunya tumbuh semula
ReplyDeletesud@is: suruh jiran tu potong, mesti kluar bunga pastu buah
Jassnani: mahal.....anak pokok RM15 jer...hehehe
Tarique: Salam, murah jer anak anggur, senang hidup kat Malaysia ni, berbuah ngan tak jer tak tentu
dalam pasu pun hidup?bagusnya
ReplyDeleteAssalam, mahalnya...mungkin proses penanamannya tu susah kot..geram tengok...nak beli tak kot..
ReplyDeleteBoleh cuba aje. Saya dah try and berhasil. Saya tak expert pun...saja suka suka. Jemputlah singgah http://fromfalraisitinygarden.blogspot.com/2015/04/my-potted-grapetree-is-fruiting.html?m=1
ReplyDelete