Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman?
WhatsApp 017 455 95 36
Saya dan geng sampai di KLIA2 jam 4 pagi dan check-in jam 6 pagi.
Flight kami Air Asia X D7 504 jam 8.30 pagi. Tempat duduk saya 11K. Tepi tingkap.
Jam 3.30 ptg (waktu Korea-cepat sejam dari Malaysia) kami sampai di Incheon International Airport.
Suhu ketika itu 8 C. Perjalanan mengambil masa kira-kira 6 jam. Bosan giler duk dalam kapal terbang.
Pakcik korea ngajo cara topup kad prabayar diorang
Daripada lapangan terbang kami naik KTX train pastu naik pulak subway untuk check-in kat hotel.
Sampai kat hotel yang telah ditempah awal secara online. Ada masalah pulak mengenai tempahan. diorang ni tak pandai cakap bahasa Inggeris apatah lagi bahasa Melayu,
Dengar khabarnya bahasa Korea pun berterabur sebab diorang ni sebenarnya dari china.
Tapi diorang mengaku kesalahan dari pihak diorang jadi kami diberi bekfes percuma sepanjang berada di sana.
Selepas letak barang kat bilik kami naik subway dan kemudian naik bas untuk pergi ke Namsan Tower yang terletak kat tengah-tengah bandar Seoul.
Punya la sejuk. Bukitnya tinggi sangat, mengah. Rasanya lebih sesuai pergi waktu siang tapi apa nak buat kita ikut orangkan, pergi sajalah. Dapat penat yang lebih.
Balik hotel kami pun tidoooo.
Bersambung....
boleh klik sambungan Hari KeDua
http://semuamenjadi.blogspot.my/2018/03/cuti-cuti-korea-14-mac-20-mac-2016-hari.html
boleh klik sambungan Hari KeDua
http://semuamenjadi.blogspot.my/2018/03/cuti-cuti-korea-14-mac-20-mac-2016-hari.html
Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman?
WhatsApp 017 455 95 36
cpt sambung jln2 lg...
ReplyDeleteAssalamulaikum....
ReplyDeleteTak sabar nak baca sambungan serita kat Korae