Pagi-pagi datang opis terus saya pergi melawat kebun opis. Nampaknya pokok daun sup dalam 3 polibag dah sedia untuk dituai. Kalau tak tuai nanti pokok boleh mati. Sian dia.
Saya dah bawa siap-siap baldi kecil yang saya isi air dan gunting untuk tuai daun sup. penat jugak. Banyak rupanya daun sup ni. Memang gemuk-gemuk. Kalau orang tengok memang sangat geram.
Saya mintak kawan tolong ikat-ikat untuk jual. Dia tinggalkan saja. Terpaksalah saya jugak yang buat. Saya bawak naik opis dan pilih 10 batang, balut dengan tisu dan ikat dengan getah. Seikat nak jual 50sen jer.
Pastu saya buat pengumuman kat group ws opis. Datang la sorang kawan opis lelaki yang beli. Alhamdulillah. Dapat la 50sen.
Pasni saya nak beli sikit dan sedekah kat acik-acik cleaner yang nampak berminat masa saya menuai tadi.
Duit yang dapat ni boleh la dimasukkan dalam tabung kebun opis. Insyaallah boleh digunakan untuk beli baja dan alatan lain untuk masa hadapan kebun opis kami.
Sekiranya berminat nak biji benih, keratan batang dan anak pokok,
Sila
WhatsApp 0174559536 utk order.
No comments:
Post a Comment