Anggur ini dah masak dua minggu lepas dan saya pun dah makan anggur ini.
Rasanya memang manis dan ia anggur jenis berbiji.
Buahnya berwarna kekuningan sedikit bila dah masak.
Nikmatilah gambar anggur-anggur ini, nak bagi rasa tak boleh. Siapa kata kita tak boleh tanam anggur dan siapa kata buah anggur yang pertama kali berbuah rasanya masam.
Anak pokok anggur ini saya beli di Mardi Cameron Highland dengan harga RM10 sepokok. Ia di beli tanpa tahu pokok anggur ini dari jenis apa dan apa warna buahnya. Dibeli sekadar untuk mencuba tanam setelah banyak membaca laman web berkaitan anggur.
Ia berjaya berbuah setelah semua daunnya digondolkan. Tiada baja khas diguanakan pada pokok ini. Usia pokok ini daripada mula ditanam sehingga berbuah, rasanya kurang dari setahun tapi itupun saya tak pasti sebab saya tak catat betul-betul tarikhnya.
Jom tanam anggur!
Boleh baca sejarah pokok anggur ini di
SINuN
SiNIN
SiNAN
dan
SiTU
Boleh baca sejarah pokok anggur ini di
SINuN
SiNIN
SiNAN
dan
SiTU
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi