Hujung minggu lepas saya berkesempatan balik ke rumah mak abah saya. Mak saya ajak saya berkunjung ke kedai emas sebab dia nak ganti barang kemasnya (cuba tambah sekali barang kemas saya, kan elok) sempena harga emas yang jatuh merudum.
Cari punya cari tak jumpa kedai emas, mungkin dah tutup sebab bangkrap, abah saya bagitau kedai emas itu dah beberapa kali kena rompak. Tak jumpa emas dan kedai emas tapi kami jumpa buah bidara atau nama manjanya epal bidara.
Rupa-rupanya dekat kawasan mak abah saya tinggal ada ladang buah bidara. Dah lama tak makan buah bidara, seingat saya kali terakhir makan masa saya sekolah rendah, itupun buah bidara Siam.
Ini adalah pokok bidara yang mak saya tanam di rumah (sayalah yang belikan anak pokoknya).
Rupa-rupanya selain buah bidara yang boleh dimakan, daunnya juga banyak khasiat dan kegunaan. Malah daunnya juga disunatkan untuk digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid.
Buah bidara yang saya beli ini rasanya manis dan tidak berlendir seperti yang saya makan semasa kanak-kanak dahulu.
Isinya ranggup, kalau makan dengan kuah rojak atau asam masin, memang terbaiklah.