Atas permintaan rakan opis dan rakan-rakan blogger, saya siarkan di sini langkah demi langkah (LDL) cara memasak pulut kuning dengan hanya menggunakan microwave.
Langkah pertama: Masukkan 2 cawan pulut ke dalam bekas kaca (yang ada penutup) dan basuh pulut seperti biasa tanpa merendamnya terlebih dahulu.
Langkah kedua: Masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit.
Langkah ketiga: Masukkan 1 sudu besar minyak masak dan satu sudu kecil garam.
Langkah keenam: Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul dan kacau dengan menggunakan sudu supaya semua santan, kunyit, minyak masak, garam dan air bercampur sekata.
Langkah ketujuh: Masukkan bekas kaca tadi tanpa penutup ke dalam microwave, setkan pada suhu tinggi selama 12 minit.
Akhir sekali, selepas 12 minit, buka microwave, tutup bekas kaca dan setkan semula microwave pada suhu tinggi selama 3 minit.
Tadaaaa! Pulut kuning microwave telahpun sedia untuk dihidangkan.
Pulut kuning telah pun siap disolek dan duduk bersanding dengan rendang tok yang saya beli. Dihias pula dengan daun sup dan cili api yang saya tanam di depan rumah.
Sedia untuk dinikmati bersama keluarga semasa berbuka puasa atau boleh juga dimasak untuk hidangan hari raya.
Nota:
Boleh juga belajar cara masak nasi guna microwave DISINI
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi