Atas permintaan rakan opis dan rakan-rakan blogger, saya siarkan di sini langkah demi langkah (LDL) cara memasak pulut kuning dengan hanya menggunakan microwave.
Langkah pertama: Masukkan 2 cawan pulut ke dalam bekas kaca (yang ada penutup) dan basuh pulut seperti biasa tanpa merendamnya terlebih dahulu.
Langkah kedua: Masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit.
Langkah ketiga: Masukkan 1 sudu besar minyak masak dan satu sudu kecil garam.
Langkah keenam: Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul dan kacau dengan menggunakan sudu supaya semua santan, kunyit, minyak masak, garam dan air bercampur sekata.
Langkah ketujuh: Masukkan bekas kaca tadi tanpa penutup ke dalam microwave, setkan pada suhu tinggi selama 12 minit.
Akhir sekali, selepas 12 minit, buka microwave, tutup bekas kaca dan setkan semula microwave pada suhu tinggi selama 3 minit.
Tadaaaa! Pulut kuning microwave telahpun sedia untuk dihidangkan.
Pulut kuning telah pun siap disolek dan duduk bersanding dengan rendang tok yang saya beli. Dihias pula dengan daun sup dan cili api yang saya tanam di depan rumah.
Sedia untuk dinikmati bersama keluarga semasa berbuka puasa atau boleh juga dimasak untuk hidangan hari raya.
Nota:
Boleh juga belajar cara masak nasi guna microwave DISINI
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
Sila ke Jualan Semua Menjadi
assalamualaikum..
ReplyDeletetq share cara2nya ni.. senang lah teknik ni kan.. kalau masak atas api tu, jenuh nak kikis kerak je..
Waalaikumsalam,
Deletesesamer. Senang sgt, tak payah rendam pulut, tak payah kukus pas tu tuang santan, kukus balik, sesuai utk wanita bekerja mcam kita kan...hehehe
yg pulut kuning nie sama tak ngan yg dikukus..biasa buat kukus jerr..
ReplyDeleteyg kukus tentulah lebih enak tapi yg ni tak byk beza ngan yg kukus, sodap jugak...hehehe
DeleteRose,
ReplyDeletekalau dah campur santan, perlu ke minyak tu. Nak cuba pulut ni utk,hari raya ni.Terimakasih kongsi.
perlu kalau nak nampak cantik berkilat, lagipun saya guna minyak zaitun boleh kurangkan kolestrol...hehehe
DeleteSalam Rose,
ReplyDeleteWah, ni boleh cuba ni, mudah sangat!! Tak perlu rendam pulak tu. Orang yg x kerja macam Mak Aji pun suka cara short-cut ni!
Salam mak aji, tak sangka mak aji pun suka cara ini, senang kan..
DeleteSalam Rose,
ReplyDeleteMohon izin nak share kat FB ya!
salam mak aji,
Deletediizinkan sangat, kita mmg kena kongsi dgn ramai org supaya semua org pun dpt manafaatnya...hehehe
Salam Kenal,
ReplyDeleteCara yang ditunjukkan kat sini buat kita rasa senang rupanya masak pulut ni!Sebelum ni saya anggap orang terer masak je pandai tanak pulut..hehe.Insya Allah kalau amatur macam saya buat pun boleh menjadi kalau follow LDL ni.Sedap makan dengan gulai atau rendang.
Salam kenal juga,
Deletesy sendiri pun sblm ni susah sgt nak makan pulut buatan sendiri sbb payah nak masak, selepas guna cara ini, kalau nak makan pulut hari2 pun boleh...hehehe (kalau tak muak la)
Hebat, nak try kejap lagi. Barakallah dan selamat berpuasa!
ReplyDeleteSalam sis, saya dah cuba buat cara sis ni... Tapi ada yg mentah2 sikit mcm mana ya? Sebab saya memang dah rendam semalaman beras pulut ni, air+santan memang ikut sukatan yg sis bagi... Sepatutnya tak mentah kan...
ReplyDelete