Kami panggil ini bunga jarum tapi tak tahulah kalau ada orang nak kata salah lagi, kot-kot tak sama dengan nama panggilan kat negeri lain, hehehe!
Bunga ini menyimpan banyak kenangan manis saya semasa kecik-kecik dulu. Terutamanya waktu pergi mengaji quran. Sementara menunggu giliran mengaji saya selalunya akan hisap cecair pada pangkal bunga jarum ini, rasanya manis. Perasan sekejap jadi burung kelicap.
Ini rimbunan bunga jarum di hadapan rumah mak abah saya. Menjadi-jadi bunganya masa Hari Raya.
Masa saya kecik-kecik dulu bunga jarum yang ada dihadapan rumah guru mengaji saya warnanya kuning dan bunganya lebih besar daripada yang ini.
bunga kenangan.Akak pun masa kecik suka hisap manisan bunga ni..berebut dengan rerama, ambik manisan ni sapu kat muka..macam losyen lah..nenek kata bagus.
ReplyDeleteboleh sapu kat muka, tak tau pun,kalau tau mesti awet muda kan, tau makan jer....hehehe
Deletesemua ada kenangan dengan bunga ni kan!
ReplyDeletemaknanya ni bunga lama la kan, bukan bunga moden
Deletebetul betul.. dulu2 masa kecik pun nani wat camtu.. hisap madu bunga jenjarum ni.. and lagi satu nani guna benang and jarum.. cucuk2 satu persatu bunga ni buat rantai la.. gelang la.. perasan jadi hawaian kejap.. wahahahaha
ReplyDeleteSelamat hari raya.. maaf zahir batin ye.. :)
mesti cantik kan....hehehe, dah bole bayangkan
Deletesalam syawal rose,
ReplyDeletebunga ni bunga kenangan time kecik2 dulu...
psst benih kailan 1. linna_linn@yahoo.com
salam syawal juga,
Deleteramai org ada kenangan ngan bunga ni kan, sama la kita,
pasal benih kailan tu cer hantar nama,alamat dan no phone (utk tujuan pos) kat semuamenjadi@gmail.com yer
Samalah tu kalau kat kampung zaman kecik2 kita pun buat macam tu jugak. Balik raya anak yang kecik tanya 'Mama kenapa bunga yg ada jarum ti bil kita hisap2 manis?'. Kesian sungguh kat budak tu.
ReplyDeletehehehe...sian dia kan, tak apelah kita dulu pun blajar dr pengalaman
Delete