Hari Raya lagikan? Tak salah kalau saya nak masak rendang, masa hari raya pertama kedua, ketiga dulu tak berapa makan rendang sebab banyak sangat makanan lain.
Jadi saya pun menuai serba-sedikit tanaman di sekitar rumah saya untuk dibuat rendang. Tapi bukan sebarang rendang, rendang yang tak pernah dibuat oleh orang lain iaitu rendang ayam campur pucuk ubi dan pucuk mengkudu siam.
Saya cipta sendiri resepi rendang ini ikut sesuka hati saya.
Bahan-bahannya iailah cili api, cili kering, lengkuas, halia, kerisik, santan dan termasuklah bahan-bahan di bawah ini:
Pucuk ubi, serai dan daun limau purut
Daun kunyit dan pucuk mengkudu siam.
Tadaaa! Ini dia rendangnya, saya makan dengan pulut kuning microwave. tapi yang ini belum betul-betul kering.
Saya masak lagi rendang ini sampai betul-betul kering dan bawa ke opis bertemankan pulut kuning. Bagi kawan-kawan merasa serba sedikit. Alhamdulillah, ada yang kata sedap. Berjaya juga eksperimen saya.
Rendang ini saya buat banyak juga dan ada lebihannya. Nanti kita tengok apa pula eksperimen yang saya lakukan seterusnya.
tahniah2 mmg kreatif..bhn asas mmg samakan..cuma lebih sayur jer tak..?
ReplyDeleteTQVM, sama jr bahannya cuma yg lain sbb ada daun mengkudu siam
DeleteAs Salam,
ReplyDeleteRendang ni mesti sedap, apalagi disatukan dengan pulut kuning. Dah tengok rendang ni rasa bersemangat pulak nak masak. Nanti nak raya pose nam ni boleh le buat jamu kengkawan. Terima kasih kongsikan resepi ni.
w'slm,
DeleteMmg sedap kalo masak sendiri(puji diri sendiri), senang jer buatnya, macam rendang biasa cuma tambah daun-daun tu saja
wow sedapnya rendang campur daun2 ni..pandai cipta resepi lagi adik seorang ni.Tahniah Rose..rajin.
ReplyDeletehahaha, jgn la puji kak, malu sy (gurau jer)
DeleteSalam Rose,
ReplyDeleteMak Aji dah buat pulut kuning microwave tu, alhamdulillah menjadi! Licin semuanya!
Salam mak aji,
DeleteSuka ati saya membacanya, ada juga ilmu bermanafaat dpt dikongsi bersama kan.