Ini ialah jantung pisang, bukan jantung manusia. Tahukah anda saiz jantung anda dan di mana kedudukannya? Cuba genggam penumbuk anda, itulah saiz jantung anda dan kedudukannya adalah di kiri sikit sahaja daripada tengah dada bukannya betuk-betul dikiri dada kita. (Kalau salah para doktor jangan marah naaa).
Merepek sikit pagi-pagi ini. Tahukah anda bukan semua jantung pisang boleh dimakan. Sebahagian jantung pisang rasanya kelat, sebahagian lagi sedap lagi lemak di makan.
Jantung pisang sedap direbus dan dijadikan ulam, masak lemak, kerabu dan macam-macam masakan yang anda suka, rendang pun boleh.
Teringat saya semasa mak abah saya buat kenduri kesyukuran baru-baru ini, kakak saya sorokkan jantung pisang ini untuk makanan keluarga sahaja sebab dah lama sangat tak merasa makan jantung pisang.
Kalau anda tiba-tiba terasa nak makan jantung pisang, tak payah susah-susah nak cari pokok pisang. Sekarang ini dah ada terjual kat Hypermarket/Supermarket. Cuma bagi orang yang abahnya ada tanam pisang terasa rugi kalau beli, baik minta percuma kat abah dia sahaja.
satu bijik jantung pisang di melbourne harga lebih kurang rm 50...hehehe
ReplyDeletewow! mahalnya, kalau sy duk sana, tunggu balik M'sia baru la makan bebanyak sampai muak dan tk ingin mkn lg...hehehe
Deleterendang jantung pisang..belum penah makan =)
ReplyDeletehehehe...sy pun
Deletesalam Rose,
ReplyDeletetempat akak jantung pisang ni, sampai luruh kat pokok..tak ada pasaran.
Jantung pisang ni sedap buat kerabu.
salam kak,
Deleteagaknya semua org tanam pokok pisang, tak payah beli dah...hehehe