Nak beli benih online?

Friday, August 2, 2013

Cara Masak Pulut Kuning Microwave LDL

 Hari ini saya telah mula bercuti, jadi lewat sikit pos entry. 

Atas permintaan rakan opis dan rakan-rakan blogger, saya siarkan di sini langkah demi langkah (LDL) cara memasak pulut kuning dengan hanya menggunakan microwave.



Langkah pertama: Masukkan 2 cawan pulut ke dalam bekas kaca (yang ada penutup) dan basuh pulut seperti biasa tanpa merendamnya terlebih dahulu.



Langkah kedua: Masukkan 1 sudu kecil serbuk kunyit.













Langkah ketiga: Masukkan 1 sudu besar minyak masak dan satu sudu kecil garam.



 Langkah keempat: Masukkan satu cawan air panas.




 Langkah kelima: Masukkan satu cawan santan.



Langkah keenam: Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul dan kacau dengan menggunakan sudu supaya semua santan, kunyit, minyak masak, garam dan air bercampur sekata.



Langkah ketujuh: Masukkan bekas kaca tadi tanpa penutup ke dalam microwave, setkan pada suhu tinggi selama 12 minit. 

Akhir sekali, selepas 12 minit, buka microwave, tutup bekas kaca dan setkan semula microwave pada suhu tinggi selama 3 minit.



Tadaaaa! Pulut kuning microwave telahpun sedia untuk dihidangkan.




Pulut kuning telah pun siap disolek dan duduk bersanding dengan rendang tok yang saya beli. Dihias pula dengan daun sup dan cili api yang saya tanam di depan rumah. 

Sedia untuk dinikmati bersama keluarga semasa berbuka puasa atau boleh juga dimasak untuk hidangan hari raya.

Nota: 
Boleh juga belajar cara masak nasi guna microwave DISINI



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

14 comments:

  1. assalamualaikum..
    tq share cara2nya ni.. senang lah teknik ni kan.. kalau masak atas api tu, jenuh nak kikis kerak je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      sesamer. Senang sgt, tak payah rendam pulut, tak payah kukus pas tu tuang santan, kukus balik, sesuai utk wanita bekerja mcam kita kan...hehehe

      Delete
  2. yg pulut kuning nie sama tak ngan yg dikukus..biasa buat kukus jerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg kukus tentulah lebih enak tapi yg ni tak byk beza ngan yg kukus, sodap jugak...hehehe

      Delete
  3. Rose,
    kalau dah campur santan, perlu ke minyak tu. Nak cuba pulut ni utk,hari raya ni.Terimakasih kongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlu kalau nak nampak cantik berkilat, lagipun saya guna minyak zaitun boleh kurangkan kolestrol...hehehe

      Delete
  4. Salam Rose,

    Wah, ni boleh cuba ni, mudah sangat!! Tak perlu rendam pulak tu. Orang yg x kerja macam Mak Aji pun suka cara short-cut ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mak aji, tak sangka mak aji pun suka cara ini, senang kan..

      Delete
  5. Salam Rose,

    Mohon izin nak share kat FB ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mak aji,

      diizinkan sangat, kita mmg kena kongsi dgn ramai org supaya semua org pun dpt manafaatnya...hehehe

      Delete
  6. Salam Kenal,

    Cara yang ditunjukkan kat sini buat kita rasa senang rupanya masak pulut ni!Sebelum ni saya anggap orang terer masak je pandai tanak pulut..hehe.Insya Allah kalau amatur macam saya buat pun boleh menjadi kalau follow LDL ni.Sedap makan dengan gulai atau rendang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga,
      sy sendiri pun sblm ni susah sgt nak makan pulut buatan sendiri sbb payah nak masak, selepas guna cara ini, kalau nak makan pulut hari2 pun boleh...hehehe (kalau tak muak la)

      Delete
  7. Hebat, nak try kejap lagi. Barakallah dan selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  8. Salam sis, saya dah cuba buat cara sis ni... Tapi ada yg mentah2 sikit mcm mana ya? Sebab saya memang dah rendam semalaman beras pulut ni, air+santan memang ikut sukatan yg sis bagi... Sepatutnya tak mentah kan...

    ReplyDelete

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...