Dah lama saya teringin nak tanam kacang panjang renek. Tapi tak tanam-tanam. Tapi terpaksa tanam juga kali ini untuk uji sama ada biji benih masih bernas lagi sebelum dipasarkan.
Tak sangkalah pula tumbuh subur dan gemuk sampai macam ini. saya guna baja rumpai laut jer.Kacang panjang renek ini saya tanam dalam pasu plastik kecil sahaja. Pokoknya cepat berbunga dan keluar putik.
Saya tanam depan rumah. Tak boleh nak alih sebab akarnya dah merayap ke luar pasu.
Nasib baik dia lenyek sebiji kacang sahaja dan bukannya pokok kacang panjang renek saya. Kalau tidak menangis tak berlagu saya. Kacang yang terlenyek dihujungnya tu saya buang bahagian dilenyek dan bahagian yang elok saya makan mentah sahaja. Elok sedap dan manis maklumlah tanam sendiri.
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH
Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK
Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?