Sudah beberapa hari gambar dekat blog ini warnanya hijau sahaja. Taulah blog pasal tanaman, takkan warna hijau saja kan. Sesekali kena bagi ceria sikit dengan menambahkan warna-warna dalam hidup ini, seperti kata tukang jahit saya: "wah! awak ni pakai warna macam-macam yer" (tak taulah sama ada dia kutuk ke atau puji, kutuk kot, tapi saya bersangka baik sahajalah). Al-maklumlah, beberapa hari ini saya sedang giat menghantar kain untuk di buat baju.
Ini gambar strawberi yang saya beli bukan dari hasil tanaman saya. Kita beruntung duduk dekat Malaysia ini, hari-hari boleh makan strawberi, tak payah tunggu musim-musim, yang penting duit ada.
Pada kotak strawberi ini ditulis yang ianya datang dari Cameron Highlands. Tapi harganya jauh lebih murah daripada di beli di CH. Saya beli strawberi ini di sebuah pasaraya. Saya tahu ada banyak strawberi dari Korea, Egypt, Australia dan lain-lain negara ada di jual di pasaraya, tapi saya suka barangan tempatan (sebenarnya sebab harganya murah).
Saya makan strawberi tadi dengan yougurt perisa mangga (sebab itu sahaja yougurt yang ada dalam petiais saya). Saya tak suka yougurt perisa strawberi tapi makan yougurt dengan strawberi saya suka.
Selebihnya di makan dengan gula sahaja. Nak makan begitu sahaja rasanya masam. Dulu masa saya melawat ladang strawberi, taukeh ladang tu bagi makan strawberi bersalut gula dalam dulang, sedapnya rasa sebab percuma.
Ada orang suka makan dengan coklat, tapi dekat rumah saya tak ada stok coklat. Saya makan sahajalah dengan apa yang ada. Lagipun saya tak berapa gemarkan coklat, tapi kadang-kadang makan juga.
Sebenarnya pada saya strawberi ni rasanya tak adalah sedap mana, kadang-kadang saya rasa macam makan buah gajus atau ketereh sahaja rasanya. Tapi sebab rupa buah ini comel dan baunya yang menariklah membuatkannya disukai ramai. Jadi kalau ada sesiapa teringin nak makan buah strawberi tapi susah nak dapat, silalah makan buah gajus sahaja. Lebih kurang sahaja rasanya. Kalau tak percaya cuba!