Dulu saya pernah cerita yang mak saya ada tanam pokok KURMA/TAMAR di SINI.
Setelah diselidik oleh jiran saya yang ada 10 ekar kebun kelapa sawit, kompom yang mak saya tanam tu bukan pokok tamar dan ianya sah adalah pokok kelapa sawit. Mak saya kechiwa. Lalu abah saya pun menebang pokok tersebut.
Untuk menghilangkan rasa kecewa itu mak saya telah menyemai lagi benih tamar seperti gambar di atas.
Pandangan dari atas.
Tahukah anda penerangan tentang sesuatu gambar sepatutnya berada di bawah gambar tersebut bukannya di atas gambar tersebut. Ilmu ini saya pelajari sewaktu membuat laporan projek tahun akhir saya semasa belajar dulu (lari dari topik asal).
Harapan saya kali ini adalah agar pokok tamar mak saya membesar dengan sihat dan dapat mengembirakan hati mak saya.
Sekian, Terima Kasih.