Tersebutlah alkisah terjadinya peristiwa ini kira-kira seminggu yang lepas. Pada ketika itu cuaca masih panas, setitik hujan pun tidak kelihatan di mana-mana kawasan berhampiran rumah saya.
Setiap kali saya cuba menonton TV melalui siaran Astro saya dapati gambarnya kelihatan seperti filem daripada CD yang calar. Kadang-kadang pula keluar nota 'cinta' daripada Astro yang menyatakan ada gangguan siaran disebabkan oleh hujan dan lain-lain sebab lagi.
Saya merasa sungguh hairan kerana setitis hujan pun tak turun tapi kenapa pula saya mengalami gangguan siaran. Kabel pula sambungannya tiada masalah. Tapi saya masih belum menghubung pihak Astro untuk membuat aduan kerana saya yakin saya boleh mengatasi masalah tersebut (kununnya!).
Setelah membuat pelbagai pemeriksaan sendiri dan lain-lain usaha yang dirasakan perlu, akhirnya baru saya teringatkan pokok markisa saya.
Rupa-rupanya pokok markisa saya telah memanjat 'kuali' (hohoho!) Astro di rumah saya sehingga mengganggu siaran.
Setelah saya buang segala ranting dan daun yang memanjat 'kuali' tersebut barulah saya mendapat siaran yang jelas.
Nasiblah semangat 'keteknikallan' saya ini masih tinggi. Kalau tidak buat malu jer buat aduan, rupa-rupanya salah pokok markisa yang ditanam sendiri.
Oleh itu perhatikanlah tanaman anda yang berleluasa menjelajah agar tidak mengganggu penerimaan siaran pada parabola anda.
Gambar kitar semula, parabola di belakang pokok labu dan markisa (kedudukan agak rendah daripada 'kuali' orang lain).
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH
Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK
Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
Sila ke KERATAN BATANG TANAMAN
hahahha....saya mulakan dgn tergelak besar....nasib kuali tu tak tebalik....
ReplyDeletehehehe....apa nak buat, kws sempit, semua pkk pun nk tanam
Deletememang lawakkk..ingatkan bli markisa dapat astro....
ReplyDeleteooo tidak...beli astro dpt bil...hahaha
DeleteKalau dak hangin ja pekerja Astro yg pi rumah...
ReplyDeleteangina jer tak per lg, malu yg tak mau...hehehe
Delete