Kolah ini asalnya dalam bilik mandi di rumah saya. Kolah 3rd hand, maklumlah saya ini pemilik ketiga rumah ini setelah tiga kali berjual beli. Kolah ini selalu membikin masalah pada saya, air selalu tiris. Jadi saya letak dibelakang rumah.
Daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes baiklah saya jadikan ianya kebun herba. Dibahagian bawahnya saya masukkan pasu-pasu pecah dan ranting kayu. Cuma dibahagian atas sahaja saya masukkan tanah. Dapatlah serba sedikit menjimatkan tanah yang digunakan.
Antara pokok yang saya tanam dalam kolah ini adalah puding ulam, akar som, beluntas, mata itek dan salam. Kalau pokok-pokok ini dah besar nanti tak taulah saya macamana jadinya. Kita lihat sahajalah nanti.
************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH
Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK
Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
Jiran sy ada buat mcm ni..dia tanam daun kesum Dan tomato
ReplyDeleteMesti meriah kan
Deletebagus ler...satu idea yg baik tu....
ReplyDeletesaya tak pernah jumpa mata itek, macam mana agaknya rupa dia...
Dalam gambar daun yg paling besar cam daun jmbu air tu
Deletekreatif2.....
ReplyDeleteTak baik membazirkan...hehehe
DeletePokok puding boleh buat ulam?..Saya ni banayk tak tahu tentang pokok-pokok ulam..mata itek tu kat kampung dulu banyak..
ReplyDeletesgt berguna... kalu mcm kt umah botol minyak 5liter jd pasu pokok hehhe... jd lah kan
ReplyDelete