Cuba teka apa ini?
Pandai! Ubi keledek yang dah bertunas. Penat saya simpan ubi keledek ini dan tunggu sampai dia bertunas. saya beli ubi ini di pasar malam.
Sebahagiannya saya bawa balik ke rumah mak saya, tapi tak tahulah mak saya masak apa dengan ubi keledek tersebut. Kalau saya, ubi keledek ini sedap dibuat kuih gelang.
Tapi selalunya saya malas nak buat. Beli sahaja, maklumlah wanita bekerjaya yang sibuk selalu (kononnya!).
Saya nak tanam ubi keledek ini untuk pucuknya. Tak sabar nak masak pucuk ubi keledek goreng belacan, Nyum! Nyum!
Saya tak pernah masak pucuk ubi keledek, tak tahu macam mana rasanya. Mungkin suatu hari saya boleh cuba. Balik rumah mertua nanti nak kutiplah pucuk keledek yg menjalar kat tepi rumah.
ReplyDeleteekekeke...sy pun tak pernah, ni baru nak cuba
Deletesalam..pucuk keledek mmg sedap..apatah lagi kalau goreng belacan...sedappp..nanti bila pucuk dah banyak akak cuba la...
ReplyDeletewaaaa, tak sabar nak cuba, TQ
Deletesalam rose...juz nak share cara saya tanam keledek..saya guna lebihan keratan pucuk yg beli kat pasar...juz cucuk je atas tanah....2, 3 ari pastu kluar tunas...sangat mudah hidup...
ReplyDeletesebenarnya teringin gak nak beli keratan pucuk keledek tu tapi ragu-ragu sikit bila terfikir apa agaknya baja yang diorang guna yer...hehehe
Delete