Hari ini cuti d tempat saya sempena Nuzul Quran. Lambat sikitlah menaip. Ini ulam sambung nyawa hijau dan ungu.
Sedap di makan dengan nasi semasa berbuka nanti. Sambung nyawa hijau asalnya daripada anak pokok yang di hadiahkan oleh kawan baik di opis, yang ungu pula di tanam dari keratan batang yang di beli di pasar malam, dijual oleh peniaga bangsa cina.
Hasil dari pembacaan saya di dapati sambung nyawa yang ungu lebih banyak khasiatnya daripada yang hijau. Tapi saya suka kedua-duanya sebab ia ada bau yang sedap.
Saya selalu tertanya2 bagaimana rupanya pokok sambung nyawa ni. Dulu semasa suami sepupu menghidapi tumor otak (kata doktor) sepupu mencuba perubatan tradisional. Daun sambung nyawa ini digunakan oleh pengamal perubatan yg sepupu jumpa dengan cara hiris halus dan bg sumi dia makan. Alhamdulillah selepas berbulan berikhtiar secara moden dan tradisional suami dia beransur pulih.
ReplyDeletewow! fakta yang menarik ni. Kena la saya selalu makan ulam ini dan tanam banyak lagi. Tapikan bila saya baca, ada juga org lain yg letak pokok bentuk lain dengan nama sambung nyawa ini. Kalau nak tau, pokok jarum tujuh bilah pun ada org panggil sebagai pokok sambung nyawa.
ReplyDeletesalam ros, tak jual ke keratan sabung nyawa purple tu...saya dh lama cari benih sabung nyawa ni..
ReplyDeletesalam @na,
Deletesekarang ni tak jual lagi la sbb pokok sy pun kecit jer lagi, nanti bila dah meriah boleh la kongsikan dgn @na...hehehe
salam rose, pokok ni sama ke dengan pokok bismillah, teringin nak tanam, agaknya ada jual kat pasar, tapi serius la kenal camne rupa die..
ReplyDeletepokok bismillah tu lain rasanya, yg ni daunnya berlendir dan ada bau tersendiri, sedap kalau buat ulam
Delete