Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman?
WhatsApp 017 455 95 36 Dah dua tahun baru nak sambung cerita tah ingat tah idak, korang tengok gambar jer la yer.
Sambungan dari yang pertama, klik https://semuamenjadi.blogspot.my/2016/03/korea-14-mac-20-mac-2016-hari-pertama.html
Selepas sarapan kat hotel, makan roti, cheese n kopi 3 in 1. Kita pun tunggu adik tourist guide (Tg) datang. Diorang ni pelajar kat Korea. Hari-hari tukar orang kenkadang sebab ikut bila diaorang free takde kelas.
Pastu kami pun naik train pegi ke tempat yang katanya banyak beg tangan cantik dan murah.
Memang banyak beg tangan, kualiti ok, harga pun murah tapi tengok aje. Konon-kononnya jumpa lagi la kot. Takdenya, menyesal tak beli. Beg korea memang bagus, tahan lama dan berkualiti.
Saya sempat beli kain penutup mulut, tak tahan angin sejuk masuk bila kita bernafas. boleh batuk terutamanya bila kena naik tangga.
Sambil-sambil tu tengok orang Korea, tangkap gambar.
Pokcik korean mencarik rejeki di pagi hari nan sejuk gedi
Kami jalan-jalan kat sini dan terjumpa banyak orang jual strawberi
Kat sini kami makan stoberi yang banyak diorang jual tepi jalan. Gemuk-gemuk buahnya. Geram jer.
Bila makan, wah manis. Ai like sesangat. Maka makanlah stoberi sehingga puas. Harga pun tak mahal sangat.
Kat tepi-tepi jalan tu ada banyak bunga, kami ingatkan bunga plastik. Bila tengok dekat-dekat rupanya bunga tulip sebenar.
Kitorg pun apa lagi, sakan berposing dengan bunga.
Lepas tu Tg bawa kami kat kedai-kedai lagi, tak best sangat ada la tangkap gambar sikit-sikit. Duduk yang banyak.
Pastu gi satu kawasan, nama tak ingat tapi tempat jual barang-barang kosmetik. Saya mana la minat. Beli mask sikit dan barang yang dipesan kawan.
Pastu gi Itaewon, mak aiii bukit punya la tinggi. Singgah makan kat satu restoran halal. Tokehnya orang Korea tapi pekerja orang melayu. Rasanya student Malaysia yang belajar kat sana.
Saya order Beef Bulgogi. Hmm... tak sedap hokey makanan Korea ni pada tekak saya.
Manis dan pedas yang tak berapa kena. Manis dan pedas kat Malaysia tu lain, sedap. Saya ni jenis bole jer terima makanan luar.
Tapi seriously makanan Korea tak de la sedap mana ikut tekak saya. Mungkinla sedap ikut tekak orang Korea kan.
Side dishes dia ok sedap.
Itaewon penuh dgn org Mesia. Cikgi2 dan keluarga3 mereka
Pastu kami pi masjid. Lagi la tinggi bukitnya. Singgah solat.Ramai sungguh orang Malaysia kat situ.
Sebenarnya masa saya pegi tu kat mana-mana pun ramai orang Malaysia. Sampai peniaga-peniaga Korea tu pun dah pandai cakap Melayu.
Itulah kan, kata orang kita ni tak cukup duit. Nak makan pun susah, nak bayar bil astro susah tapi pi Korea ada pulak duit. Agaknya menabung dari kecik la kot.
Husnuzon.

Tempat shopping kontena biru
Pastu TG bawa kitorang pi satu tempat membeli-belah yang dibuat dari kabin2 kontena tu dan di cat warna biru.
Tg bawak kitorang naik subway ler bkn naik cab ker apa. Memang penat la naik subway kat Korea ni.
Dah la cam susah jer subway tu. Ker Tg kitorg ni yang tak berapa best, yer la diorang ni student kan, bukan Tg yang sebenar. Kira ok jer la.

Pastu kami pun balik, sebelum naik hotel kami singgah pasar dulu, dekat jer dengan hotel, nak pergi hari-hari pun boleh.
Malam2 buta mkn stoberi. Lagi murah lagi manisss. KRW4000 lebih kurang RM14
Dalam perjalanan balik hotel yang nun jauh atas bukit, beli stoberi lagi. Dapat lagi murah. Makan stoberi lagi.
Masak megi kot kat bilik pastu apa lagi, tido ler. Sambung lagi ke hari Ketiga di Korea.
Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman?
WhatsApp 017 455 95 36
No comments:
Post a Comment