Nak beli benih online?

Tuesday, January 21, 2014

Kisah Jiran dan Mulberi

 Mulberi yang dah masak warnanya hitam, rasanya pun manis.

O.M.K! (Oh mak kao), saya rasa la kan, jiran saya dah terbaca blog saya ni. Kejadian ini berlaku pada hari Jumaat lepas. Pada waktu itu saya tengah santai mengayuh basikal baru saya. Sewaktu saya sampai dihadapan rumah, saya dapati anak dan cucu jiran saya sedang menunggu di tepi pagar. 

Bila saya berhentikan sahaja basikal, anak jiran saya suruh anaknya(cucu jiran) tunjukkan buah mulberi yang telah diambilnya sesuka hati kepada saya. Nak minta kebenaran la tu.

 Haaaaa! kan bagus macam itu. Tak adalah sakit sangat hati saya bila ambil buah mulberi di depan saya tanpa cakap apa-apa sedangkan saya ada di situ.

Saya cakap pada bebudak tu, ambillah lagi kalau nak, lagipun apalah salahnya bersedekah pada kanak-kanak kan terutamanya kanak-kanak yang sopan. Saya ini bukannya kedekut sangat, tapi kalau orang ambil hasil tanaman saya tanpa kebenaran tentulah terasa juga hati saya ini.

Bila saya cakap 'ambillah', amboi! Berebut bebudak itu mencari buah mulberi yang masak. Tapi tak apalah dah rezeki mereka kan. Sebelum itu saya ada bercadang nak buat jem mulberi sebab kali ini buahnya agak lebat. Jadi jem dalam perut budak-budak tu je la nampaknya.

Harap-harapnya perangai sopan cucu jiran sebelah saya ini berterusan. Kalau lebih sopan lagi mungkin buah delima pun saya boleh bagi, tak payah dah jolok-jolok pakai batang kail lagi.


Ini gambar buah mulberi yang sempat saya sendiri makan, manis. Tengoklah warnanya, sama hitam dengan pen.

Nak tayang gambar basikal baru saya ... hehehe




************************************************************************
Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?
Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  
 

21 comments:

  1. Slamat Pagi SmRose, kalau saya jadi jiran SmRose sy bgtau awal2.. "Tuaian mu tuaian ku jua..." hehe. Itulah hidup berjiran... saling faham memahami.. walaupun budak2 taktau apa.. ibu bapa @ penjaga patut mendidik anak2 kejalan yg benar.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slamat setiap waktu hendaknya,
      btui sangat tu anak jiran dah kejalan benar tapi maknya....ntahla, maleh nak layan

      Delete
  2. smRose,
    Khabarnya, Saidina Ali (k.w.) pernah berkata: Manusia apabila nampak pokok mereka berduyun-duyun mengambil buahnya; dan amat jarang yang tolong menjirus pohonnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Pengasas,
      mmg benar sekali, kalau ditinggal tuannya kerin lalu meninggal;ah pokok tersebut.

      Delete
  3. salam...wah menarik btl mulberi tue..ada juga tanam...berapa lama ye nk tunggu berbuah..hehhe tieringin nk mkn jg..kalau berjiarn bole le mitk, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      Mulberi tanam dalam masa seminggu dah kluar buah, sbb selalunya tunas baru keluar skali dgn buahnya

      Delete
  4. Wahhh,,,kayuh basikal sambil sihatkan badan eh... Itulah kan kalau minta kita boleh sahaja bagi tapi kalau buat macam tu nak niat sedekah pon dah jadi sakit hati. Pandan Aina selalu kena curi kalau ambil potong elok2 tak apa ini di koyak2 sehingga ke pucuk. Sabarjelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...testing basikal baru jer, kengkonon nak gi kerja naik basikal (lah sangat), idak pun nak pergi pasar malam senang. dah nama pun curi mestilah tergesa-gesa tu yg rosak pokok tu. lenakali kena buat papan tanda 'sila ambil elok2 kalau teringin, saya tak marah'

      Delete
  5. tak sia2 akak luahkan perasaan kt blog kan, selain kami2 baca jiran2 akak pun baca jgk... bdk2 bandar mmg gitu yek, nk apa2 pakai amik je... pastu tak reti nk mintak izin, tp kan kak kalu tak di tgr pun sampai bile diaorng bt bnda sama, nsb lah nenek bdk tuh tgr kelakuan cucu2 nyer... kalu dana pun hati sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. oppps....neneknya tak tegur, ayahnya yg tegur....hehehe

      Delete
  6. Mana nak dpt pokok mulberi ni yer kak? berkenan ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila ke http://jualansm.blogspot.com/2014/01/keratan-batang-mulberi-untuk-dijual.html

      Delete
  7. Salam..amboii..besar nauu mulberinyee...hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beso ker? Bukan sepatutnya beso lagi? tanya balik

      Delete
  8. mulberi akak dah berhenti berbuah..tak tahu apa masalahnya.Ada nasihat utk.aka Rose?..kongsi sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... sy tak layak beri nasihat sbb bukannya banyak sgt ilmu pun tapi saya cadangkan akak pangkas dahan2nya, bajakan dengan baja organik dan kalau dalam pasu bolehlah ubah ke tempat yg panas sbb sy rasa pkk ni suka kan cahaya matahari dan jangan lupa siram...hehehe, semua ni pun akak mmg dah tau kan

      Delete
  9. apakah kaitan basikal dgn mulberi? hehe....mulberi saya x sempat hitam macam tu saya dah ngap makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak ada kaitan...hehehe, tp sengaja nak tayang basikal baru...huhuhu

      Delete
  10. Salam Rose,

    Betul tu, kita ni kalau orang baik dan sopan dengan kita, memang kalah kita dengan mereka, akan mudah berkiralah kita. Tapi kalau orang buat tak menentu, itu yang boleh buat kita naik sheikh, kan! Comey basikal!

    ReplyDelete
  11. Salam Mak Aji,
    Ah!...hehehe Mak Aji sorang jer yg puji basikal sy comey, mekasih Mak Aji.

    ReplyDelete
  12. Bestnya.. Saya suka buah mulberry nie..
    Sekarang saya perasan memang banyak yang dah mula menanam pokok nie..

    ReplyDelete

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...