Nak beli benih online?

Monday, March 25, 2013

Empat Bintang


Sekadar gambar hiasan. Tiada kait mengait dengan cerita. Tetapi inilah gambar ros jepun yang saya tanam. Semakin hari semakin subur, sampai dah tak terbendung.

Saya nak cerita mengenai pekara yang berlaku sewaktu saya bekerja di Terengganu baru-baru ini.

Perjalanan yang jauh memang memenatkan, sampai sahaja di hotel saya telah mendapat bilik yang ditempah oleh pengurusan opis saya. Masuk sahaja di bilik telah timbul perasaan tak puas hati. Saya selalunya akan bekerja di luar kawasan lima atau enam kali setiap tahun tapi tak pernah mendapat bilik yang teruk  sebegini.

Esoknya satu lagi kejadian memeranjatkan berlaku, sewaktu sarapan, makanan saya dipijak-pijak oleh lipas bukan sekali tapi dua kali. Bila diberitahu kepada pelayan, dia cuma tepiskan sahaja lipas tersebut dengan tangannya. Walaupun hotel tersebut bukan lima bintang (tapi empat bintang), takkanlah teruk sangat sampai tahap macam itu.

Disebabkan tak tahan sangat dengan keadaan hotel, saya dan rakan sekerja berjumpa dengan pihak pengurusan, walaupun  ada minta maaf, diorang boleh kata lain kali kalau tak nak datang pun tak apa. Pihak pengurusan kata apa yang boleh mereka buat untuk selesaikan masalah, itupun setelah mereka menyedari salah seorang rakan sekerja merakam segala perbualan kami.

Akhirnya, kami telah diberi bilik yang lebih baik daripada bilik sebelumnya dan sewaktu sarapan kami tak jumpa lagi dengan encik lipas. Tapi selepas ini memang kami telah letak tanda pangkah pada hotel ini, takkan kami jejaki lagi kecuali dalam keadaan darurat.

Tibalah hari untuk pulang, dengan hasil tangkapan yang sungguh lumayan di Pasar Payang, saya terpaksa biarkan pintu bilik terbuka luas untuk membenarkan semua beg saya dapat keluar dengan aman untuk menuju ke lif. Di pertengahan jalan, saya terfikir kalau saya tak tutup pintu bilik nanti ada pula barang yang hilang dan saya akan dituduh mencuri barangan hotel dan sekaligus kena bayar barangan tersebut.

Saya pun patah balik dan tutup pintu bilik.Tiba-tiba seorang pekerja hotel pangkat tinggi (agaknya la sebab dia pakai kot) bagitau salah seorang penduduk bilik berhampiran telah tertinggal barang. Saya pun ambil barang tersebut yang berupa beg alatan solek yang lutsinar.

Semasa dalam kenderaan, saya periksa beg tersebut untuk memastikan pemilik sebenar, saya dapati di dalamnya ada sikat, krim kecantikan, alat-alat solek yang lain, seutas rantai 91.6, empat utas gelang emas dan lain-lain barang. Saya rasa pekerja hotel tak perasan semua barangan kemas tersebut. Kalaulah dia nampak, tak taulah saya.

Saya anggarkan berat gelang (padu bukan geronggang)  tersebut 25 gram setiap satu dan rantai tersebut kira-kira 30 gram. Cuba bayangkan berapa banyak duit yang saya boleh dapat kalau saya jual kesemua barangan kemas tersebut. Memanglah saya boleh ulang lapan kali pergi Pasar Payang dan beli macam-macam lagi yang saya mahu.

Tapi saya tak buat macam tu, saya pulangkan balik pada tuannya yang sebenarnya tak menyedari dia tertinggal beg tersebut. Beliau balik awal daripada saya dan sewaktu dihubungi beliau masih dalam perjalanan tapi sudah jauh meninggalkan Kuala Terengganu.

8 comments:

  1. cantik sungguh bunganya......bila la rose jepun semua menjadi saya na berbunga macam ni :)

    ReplyDelete
  2. hotel mana la tu...lipas pun dijadikan "staff" layan tetamu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita namakan hotel itu, hotel Lipas...hehehe

      Delete
  3. share la hotel mana tuh.. boleh kita sama2 black list.. hehe

    ReplyDelete
  4. ala Rose itu ujian je..Ros kata selalu dapat yg.best je..kali ni jumpa pulak yg begitu, walau dah berusaha dapatkan yg.bagus, inilah kehidupan nyata.Saya pernah kena macam ni, malas masak nasi kat rumah, sebab dah lewat untuk masak, ajak suami pi makan kat resturan, minta menu sup ayam dan nasi putih. Sup tu ok lah, tapi nasi putih tu dia hidang saki baki nasi didasar periuk campur kerak, sampai meleleh airmata, saya datang nak makan, duit saya tak kurang, kenapa macam ni, saya tanya kalau ada nasi lain, kalau tiada saya makan nasi tu..dia tukar lah, datang pula nasih yg segar siap ada wap lagi..kalau ada nasi baru masak, kenapa bagi nasi sejuk berkerak pula?..anatara perkara luar dugaan kita,betul kan,Ada sifat terbaik dalam diri Rose, sebab itu Tuhan uji hehehe..@wow panjang merepek saya di laman Rose ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita akak ni sangat berkaitan dgn cerita sy, ok la tu, tak de merepeknya, best baca...hehehe

      Delete

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...