Nak beli benih online?

Thursday, March 28, 2013

Kenangan Si Jambu Batu Kampung


 Sekarang ini susah betul nak jumpa pokok jambu batu kampung. Kalau di rumah mak abah saya dah tak ada lansung. Padahal masa kecik dulu inilah pokok buah yang paling banyk tumbuh merata-rata dan menjadi pusat aktiviti segala permainan bagi saya dan sepupu-sepupu saya.

Pokok jambu batu dalam gambar ini saya jumpa sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Teringat kenangan masa kecik dulu, jadi saya tak lepaskan peluang untuk tangkap gambar buah jambu batu kampung ini.


Dulu selepas balik mengaji saya selalu pergi panjat pokok jambu batu untuk ambil buahnya. Masa itu ada dua jenis jambu batu, satu yang isi merah dan satu lagi yang isi putih. Saya paling suka yang isi putih.

Ada satu hari, panjat punya panjat waktu nak turun dari pokok perut saya terkena dekat dahan pokok jambu yang baru di potong. Panjang lukanya. Mula-mula kena, nampak putih sahaja kulit perut yang dah luka tu sebab lukanya agak dalam. 

Saya pun berlari balik rumah sambil menangis mengadu dekat abah saya. Masa itu abah saya boleh kata dia nampak nasi keluar dari luka di perut saya itu. Saya pun apalagi, menangis makin kuat, saya percayalah cakap abah saya lagipun masa itu saya kecik lagi, masih belum sekolah. 

Abah saya memang suka bergurau dan tak garang lansung. Saya tak berani nak bagitau mak saya pasal perut saya luka tu sebab mak saya tersangatlah garangnya, nanti bukan sahaja sakit sebab luka tapi tambah pula dengan sakit kena rotan.


Buah jambu batu kampung walaupun tak sesedap jambu batu moden yang besar, tetap menjadi pujaan di hati saya. Suatu hari nanti saya akan cari pokok jambu batu ini dan cuba tanam di rumah saya.

Hari Jumaat ini saya kena bekerja di luar kawasan lagi, kali ini dekat Kelantan pula. Harap-harap hotel dekat Kelantan tak serupa macam Terengganu lah hendaknya. Kali ini saya kena bekerja selama tiga hari dua malam sehingga hari Ahad. Nampaknya tiada cuti hujung minggu untuk saya pada minggu ini.

8 comments:

  1. Assalammualaikum Rose,
    selamat bertugas, manisnya kenangan masa lalu, ada ayah ibu,semua kesedihan kita mereka nak tahu..tujuannya hanya nak pastikan anak2 sentiasa riang dan selamat. semoga jumpa benih jambu kenangan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak,
      nak carik benih jambu kat kelantan ni

      Delete
  2. betul jarang sangat nak jumpa jenis jambu kecik2 ni...sy suka yg isi merah tu..mmg dh lama sgt tak mkn jenis tu..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. isi meerah best jugak, sekarang ni jambu batu besar isi merah dah ada jual kat supermarket

      Delete
  3. dulu kat umah mak knah ada pokok jambu ni..tp sekarang bayang pun xpernah nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. umah lama mak saya pun ada gak dlu, tapi abah sy dah tebang...hehehe

      Delete
  4. Saya suka yg merah, dan zaman budak2 dulu (tahun 1970an) mmg suka juga pnjat pokok jambu (anak2 tak percaya mama dia dulu boleh panjat pokok!)

    Yg saya ingat sgt ialah dahan jambu LICIN!! Tetapi dia liat (susah patah), tak macam dahan rambutan yg rapuh dan senang patah.

    Ada kawan2 saya yg ingat saya menghafal pelajaran atas pokok jambu - saya sendiri pun tk ingat!!

    Semua tu tinggal kenangan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 kenangan kat pokok jambu kan, selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat

      Delete

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting ulam Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Tomato Ulam Raja abah herba melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah daun epal bidara gajus hidroponik kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Betik Birthday Cili Merah Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga bidara buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kaduk daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang salam tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Beri Ajaib Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Figs Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan Vietnam alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang jualan17 kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...