Inilah gambar pokok yang bersalah. Beliau dituduh bakal menjadi tempat pencuri menyorok. Umurnya baru setahun lebih. Pada waktu mula ditanam (dibeli di nurseri) tingginya adalah kira-kira satu meter, sekarang tingginya lebih daripada ketinggian awning rumah saya sehinggakan saya tak dapat mengukurnya lagi. Tingginya dah nak sampai wayar elektrik. Jangan orang TNB datang potong sudah.
Tiap-tiap 2 minggu sekali bila saya baja pokok-pokok lain beliau tidak saya lupakan. Kadang-kadang saya siap bagi baja buah sekali. Pertumbuhannya memang galak sekali, tiap-tiap bulan mesti ada pucuk baru yang keluar. Tapi buah yang saya tunggu-tunggu tidak keluar juga. Saya mengharapkan buahnya kerana semasa saya membeli anak pokok ini, taukeh nurseri kata pokok ini dah sedia untuk berbuah. Penipu betul.
Mungkin beliau merajuk kerana dituduh bersubahat menyembunyikan pencuri sehinggakan beliau tidak mahu berbuah. Nama tertuduh adalah Pokok Mangga Taiwan yang smRose Sayangi. (p/s: Tolonglah berbuah sayang ooooiii!)
Dah besar...mungkin kut merajuk...sy ada beli jugak pokok mempelam..3 jenis..semua taukey jual ckp akan berbuah lagi 2 tahun..tak tahu lah betul tak
ReplyDeletehari2 sblm nk pg keje, cakap2 ngan dia suh bebuah cepat
Deletesalam rose, subur bangat pokok mempelam tu...kesian dia kena tuduh hehe
ReplyDeletesebab dia subur sangatlah ada org dengki dan tuduh dia
Deletemembesar sihat! lynn google, pokok mangga ni kalau betul caranya, dlm setahun setengah dah blh berbuah..sabar ya!
ReplyDeletetgh bersabar ni, rasanya cam dah lebih dari setaun setengah dah ni
Delete