Nak beli benih online?

Tuesday, April 2, 2013

Ada yang Tak Jadi

 

Ini pokok pegaga. Pokok pegaga ada banyak jenis tapi yang ini saya panggil pegaga kampung. Ini bukan pokok tanaman saya tapi pokok yang tumbuh di kawasan RnR Titiwangsa. Saya sukakan ulam pegaga kampung ini. Sangat suka.


Walaupun nama blog ini SEMUA MENJADI, kadangkala ada juga yang tak menjadi. Ada juga orang yang kata saya riak bila saya namakan blog ini sebegitu, tapi cuba baca catatan pertama saya di blog ini, tentu tak timbul lagi rasa sangsi. Sila klik di SINI utk baca.


Tujuan saya menulis ini cuma nak bagitau, sudah beberapa kali saya cuba menanam pokok pegaga kampung namun semuanya hampa. Bermacam cara saya gunakan. Pasu berlubang, pasu tak berlubang, tanah itu, tanah ini, kesimpulannya pelbagai cara dan kaedah saya gunakan tapi masih gagal.

Bukannya rumah saya tak ada pokok pegaga, ada tapi pegaga nyonya yang  rasanya tak berapa kena dengan selera saya.

Tapi saya tak akan putus asa dan akan terus mencuba untuk tanam pokok pegaga kampung ini sehingga berjaya. Kepada pekebun-pekebun yang telah berjaya, mohon kongsikan petua dan tips untuk berjaya daam penanaman pegaga kampung ini. 

Sekian, terima Kasih.

13 comments:

  1. sy pun suka pegaga jenis ni...ada tumbuh liar luar pagar umh mak sy..tapi kecik2 tak subur..yg bulat2 besar mcm ni br puas mkn kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha btoi tu, kalau tanam sendiri terjamin kebersihannya, yg dibeli kadang-kadang mragukan

      Delete
  2. pegaga jenis ini, khabarnya, lebih berkhasiat.
    cuba tanam pada tanah sentiasa lembab dan naung.

    ReplyDelete
  3. salam Rose,
    pegaga kampung ni, kena guna tanah tepi2 sawah tu, jangan ada pasir.pastikan tanah sentiasa lembab dan teduh.Insyallah hidup.Saya ada cuba satu pasu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak,
      haaa...tanah tepi sawah? sawah pun saya tak pernah nampak kat sini kak, apatah lagi tanah nyer...hehehe, mungkin akak maksudkan tanah liat yer, nanti sy cuba, timekasih kak

      Delete
    2. hehehe tak pernah gi sawah ye..gini, Ros kan selalu outstation, kalau drive pulang singgah lah, dekat sawah tepi2 jalan, tegur orang kat situ..mintalah kebenaran..minta sepasu tanah kat sawah tu..tanah tepi batas sawah tu, bukan juga sepenuhnya tanah liat, sangat subur dan sejuk.

      Delete
    3. ok kak, akan dicuba cari

      Delete
  4. saya juga dah 3-4 kali cuba tanam dari yg diberli di pasar. semua tak menjadi. akan dicuba sampai berjaya guna cara kak puteri purnama

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka ada geng tak jadi sbb selaunya pegaga ni tumbuh sendiri tak payah tanam kan

      Delete
  5. Tak pe,tak berjaya cuba lagi...dari situ kita belajar. Tak semua benda akan menjadi terus...usaha tangga kejayaan. Saya ni masih tak berjaya2 nk tanam cili. Tgk blog zamzurina cili kulai king bukan main meriah....menambahkan perasaan berkobar2 nk usaha sampai berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memasing ada tanaman yg gagal ditanam yer....hehehe, kelako plak rasanya

      Delete
  6. Saya pun cuba tanam depan rumah....tapi tak menjadi...nak cuba lagi... Nnk bagi anak makan...pegaga ni tonik otak untuk kanak2

    ReplyDelete

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Kebun Abah Anggur Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik jualan17 mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun epal bidara gajus hidroponik kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kaduk daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Figs Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...