Nak beli benih online?

Showing posts sorted by relevance for query mengkudu siam. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query mengkudu siam. Sort by date Show all posts

Monday, June 3, 2013

Nasi Goreng Daun Noni Siam



Ini ialah nasi goreng dimasak sendiri oleh saya bukannya di beli di kedai Siam. Nasi goreng campur daun noni siam.



Ini ramuan pelengkap nasi goreng saya, daun noni siam atau lebih dikenali dengan nama mengkudu siam.

Resepi ini ditemui secara tak sengaja oleh saya sendiri.

 Pada suatu hari saya ingin memasak nasi goreng tapi tak ada sayur. Jadi saya pun ambil beberapa helai daun mengkudu siam, hiris halus dan campurkan semasa menggoreng nasi.

Hasilnya mengkagumkan lidah saya. Lepas itu saya pun masak nasi goreng bercampur daun mengkudu siam sekali lagi dan muatkan dalam blog ini.

Kalau nak kenal dengan lebih lanjut mengenai daun mengkudu siam sila klik DI SINI.

Friday, October 12, 2012

Mengkudu Siam

 Biasakan tengok pokok ini. Ada juga yang panggil pokok ini mengkudu Jepun, ada ke pun pokok mengkudu kat Jepun saya pun tak tau. Pokok ini banyak di tanam di taman-taman, tepi lebuhraya dan di kawasan opis saya pun ada ditanam pokok ini sebagai penghias lanskap.
 Saya diberitahu oleh seseorang yang maknya cakap daun pokok mengkudu siam ini boleh di masak dan dimakan sebagai sayur, katanya lagi, paling sedap kalau di masak lemak. Saya pun dengan semangat berkobar-kobar terus berazam untuk menanam pokok ini. Tapi dekat mana nak ambil batangnya untuk ditanam? Nak ambil dekat kawasan opis segan pula, nanti pakcik jaga nampak, apa pula katanya. Disebabkan tak mau dipandang serong, saya pun bersabar menanti hari untuk menanam pokok mengkudu siam ini. Kadang-kadang bila lalu di sebelah pokok ini teringin rasanya tangan saya memetik pucuk-pucuknya yang berwarna hijau muda itu. Macamanalah rasanya ya.
Akhirnya saya jumpa pokok ini di nurseri kegemaran saya. Apalagi saya pun terus panggil si Kamal dan suruh dia hantar ke kereta saya. Saya pun bawa balik dan alihkan ke pasu yang lebih besar sebab pokok ini boleh tumbuh tinggi dan rendang.Baru-baru ini mak saya ada datang melawat ke rumah saya, mak saya pun minta keratan batang pokok mengkudu siam ini untuk di tanam disebabkan promosi saya tentang masak lemak daun ini. Tapi yang anehnya, sampai hari ini pun sebenarnya, saya belum pernah lagi masak lemak daun mengkudu siam. Ini semuanya kerana saya sayang nak petik daunnya yang kelihatan lembut dan hijau tu.

Monday, March 5, 2018

Pekasam Daun Mengkudu Siam

Saya terbaca di FB cara-cara buat pekasam pucuk ubi kayu, caranya macam buat jeruk pucuk maman.

Saya rasa sangat mudah caranya tu dan menarik. Dah lama saya teringin nak cuba pekasam pucuk ubi. Macam sedap jer. Jadi saya pun buat.

Bila makan, rasanya masam2 sedap. Wah! Ini sudah bagus. Jadi saya cuba buat guna pucuk-pucuk lain pula. Saya terfikir tentang daun mengkudu siam yang banyak kat belakang rumah saya.

Jadi saya pun petik dan buat pekasam daun mengkudu siam. Tak sangka rasanya juga sedap.

Caranya: daun basuh dan toskan. Masuk dlm botol tambah air biasa (sy guna air RO) sampai semua daun tenggelam. Masukkan nasik sejuk (agak2 jer la) dan masukkan garam (agak2 juga ler.. hihihi). 

Tutup botol. Biar selama 2 minggu dlm suhu bilik. Pas dah 2 minggu. Boleh lalukan air pada pekasam (nasinya saya buang) dan boleh dah masak. 

Cthnya spt gambar atau masak lain pun boleh. Masak lemak mungkin, asam pedas, rendang? Cuba la kan mana tau sedap.


Ini saya masak tumis dengan isi lala yang saya beli kat Pantai Remis, Selangor. Sedap gak.



Basuh daun mengkudu siam elok-elok. Buang habuk la kot. Ni tanam sendiri jadi takde racun.


Ramai yang tanya macamana rupa pokok mengkudu sian. Ni lah dianya. Pokok ni banyak dijadikan hiasan landskap. Mudah ditemui di tepi-tepi highway PLUS.

Jangan risau, memang boleh makan. Saya dah makan. alhamdulillah idup lagi ni, sempat menaip lagi.




Saya buat banyak cadangnya nak jual kat kawan-kawan opis. Kot la diorang nak kan. 

Wednesday, June 12, 2013

Masak Lemak Ketam dan Daun Mengkudu Siam


Inilah masakan yang saya masak gunakan kelapa pemberian mak saya. Nama masakannya sila baca tajuk ye.

Rasa daun mengkudu siam memang tak pahit dan tak mengganggu lansung rasa kuah lemak ketam ini. Malah pada saya makin sedap. 

Tapi kuahnya akan bertukar warna kehijauan dan tak kekuningan macam gulai lemak biasa.


Pedulikanlah insang ketam itu, saya memang suka simpan insang ketam sekali dalam masakan saya. 

Saya nak cerita sikit macamana saya proses kelapa itu sehingga jadi santan. Mula-mula saya pecahkan kelapa kepada dua bahagian menggunakan belakang parang. 

Selepas itu saya keluar isi kelapa dengan gunakan pisau dan kemudian proseskan isinya dalam pengisar sehingga terhasilah santan segar dari ladang. 

Mula-mula saya bercadang nak gunakan 'juicer' tapi kemudian saya batalkan niat saya itu.


Inilah daun mengkudu siam bagi sesiapa yang tak kenal lagi.

Friday, March 23, 2018

Pekasam/Jeruk Pucuk Manis


Kali ini saya buat pekasam pucuk manis. caranya sama jer cam kat https://semuamenjadi.blogspot.my/2018/03/pekasam-daun-mengkudu-siam.html

Nampak cam ada 2 jenis kan, yang warna gelap tu pucuk manis, yang lagi satu tu mengkudu siam.


Kali ini saya gorengkan dengan daging kisar. Tiba-tiba teringin makan daging, carik kat pasaraya berhampiran rumah. Tapi takde daging yang best. Jadi saya beli jer daging kisar. Sedap jugak.

Tuesday, August 20, 2013

Tuaian Rendang

Hari Raya lagikan? Tak salah kalau saya nak masak rendang, masa hari raya pertama kedua, ketiga dulu tak berapa makan rendang sebab banyak sangat makanan lain.
 
 Jadi saya pun menuai serba-sedikit tanaman di sekitar rumah saya untuk dibuat rendang. Tapi bukan sebarang rendang, rendang yang tak pernah dibuat oleh orang lain iaitu rendang ayam campur pucuk ubi dan pucuk mengkudu siam.
 
Saya cipta sendiri resepi rendang ini ikut sesuka hati saya.
 
Bahan-bahannya iailah cili api, cili kering, lengkuas, halia, kerisik, santan dan termasuklah bahan-bahan  di bawah ini:
 
 Pucuk ubi, serai dan daun limau purut


 Daun kunyit dan pucuk mengkudu siam.



Tadaaa! Ini dia rendangnya, saya makan dengan pulut kuning microwave. tapi yang ini belum betul-betul kering.
 
Saya masak lagi rendang ini sampai betul-betul kering dan bawa ke opis bertemankan pulut kuning.  Bagi kawan-kawan merasa serba sedikit. Alhamdulillah, ada yang kata sedap. Berjaya juga eksperimen saya.
 
Rendang ini saya buat banyak juga dan ada lebihannya. Nanti kita tengok apa pula eksperimen yang saya lakukan seterusnya.

Sunday, October 14, 2012

Pekebun Wajib Lawat 2


 Salah satu destinasi wajib lawat bagi yang minat berkebun, selain pemandangan yang cantik, ada banyak taman-taman yang ada pelbagai tanaman. Cuba tengok gambar di atas kat Peghanchis pun ada pokok mengkudu siam.


 Gambar-gambar ini dah lama, dalam lima atau enam tahun lepas, masa itu resort ini tak berapa nak siap lagi. Saya datang ke sini sebenarnya dengan tujuan test-drive kereta baru. Sekarang dah pakai kereta lain pun dah.


 Ini antara bunga yang ada dekat sini, nampak tak orang bawah bunga nun, tengah tengok ikan-ikan dan angsa kat kolam.






Masa saya datang sini tengah musim hujan, tak dapat nak ambil gambar banyak-banyak, nak melawat kawasan pun terbatas. Tak sempat nak pergi ke taman Jepun, sempat pergi ke taman arnab sahaja. Bila lagi nak datang ke sini yer, mesti dah banyak perubahannya.

Wednesday, August 21, 2013

Pizza Rendang Sayuran


Hajat di hati nak buat pizza sebab ada kulit pizza lebihan dekat petias yang dah hampir tarikh luputnya. Tapi banyak bahan yang tak ada.
 
Cuma ada lebihan rendang, capsicum hijau dan keju keping. Puri tomato apatah lagi sos tomato semuanya tak ada dalam simpanan petiais mahunpun stor. Kesian.
 
Disebabkan ini pizza sesuka hati, jadi saya sapukan  mayonis dekat atas kulit pizza, kemudian susunkan capsicum dan taburkan baki rendang ayam pucuk ubi dan mengkudu siam.


Akhir sekali saya carikkan keju keping (itu sahaja jenis keju yang ada) atas pizza sesuka hati saya.


Masukkan dalam ketuhar (terlebih masa la pulak), tadaaaa! Dah siap pizza rendang sayuran saya. Boleh tahan juga rasanya.

Friday, October 19, 2012

Tuaian Hari Jumaat-Ikan Herba


Hasil tuaian hari ini dikutip khas untuk buat resepi ikan herba. Mari saya kenalkan mereka ini dari atas dan seterusnya lawan arah jam. Yang pertama tentulah daun kunyit, seterusnya kangkung, pudina, daun mengkudu siam, daun kesum, daun jarum tujuh bilah, daun limau purut, ulam raja dan yang terakhir daun mulberry.


Daun-daun tadi saya potong kasar guna gunting dapur. Kalau hiris halus-halus baik buat bunga rampai.  Daun-daun ini cuma cadangan dari saya, kebetulan ini sahaja daun-daun yang dapat saya kutip di sekeliling rumah saya.  Boleh tambah daun-daun lain kalau suka.


Ini ramuan untuk sambal ikan herba. Yang merah cili (saya guna cili besar sebab saya takut pedas, kalau suka boleh guna cili padi), bawang besar dan juga pes asam jawa. Sila tumbuk kasar untuk dijadikan sambal. Opps! Jangan lupa masukkan garam dam gula secukup rasa.


Kalau dah namanya ikan herba, tentulah kena ada ikan, untuk hari ini saya gunakan ikan tenggiri, selalunya saya guna ikan kembung, tapi hari ini ikan kembung lupa nak masuk peti ais saya. Kalau nak guna ikan-ikan lain pun boleh juga.


Mula-mula letakkan hirisan daun-daun tadi di bahagian bawah mangkuk, kemudian letak potongan ikan.


Lepas itu, tambah lagi daun-daun di atas ikan, akhir sekali letakkan sambal di bahagian atas sekali .


Kemudian, masukkan mangkuk dalam pengkus dan kukus selama 20 minit (saya guna pengukus elektrik).
Ikan herba ini sangat sesuai dimakan dengan nasi putih panas. Kalau tak ada lauk atau sayur lain, ikan herba ini pun dah cukup. 
Kalau tak percaya, cubalah!



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...